we visited longtime friends --
Azhar/Siti Hawa near Rantau. Kebetulan dah ke
Senawang hantar baja fertigasi (
fertilizer) - so, alang-alang dah pi sana, terus je ke Rantau (
to be exact - 8km from t-junction Port Dickson/Kem Sunggala/Institut Latihan Kefahaman Islam Tentera Malaysia-.---
Wiki HERE -
ranch depa 8km dari t-junction tu ke kanan) we spent the whole day there.
.
diaorang ni dulu orang KL, but now duduk ranch 1+3 ekar. Depa bela macam-macam -- kambing, ayam kampung, lintah, ikan keli etc. Ayam turkey pun ada -- kitaorang panggil ayam-botak-kluk-kluk. Udara nyaman, air sejuk. Their neighbour is a retired army Major, also from KL - owns 3-acre ranch. Keliling rumah penuh dengan pokok buah-buahan tropika -- pokok petai gajah pun ada.
Ada angsa - Hanif siap cakap -- saya pertama kali tengok angsa & pokok getah. Hanaa suka nak pegang angsa tu baik/jinak tapi saya tak bagi kerana angsa tu besar/berat
Tanaman cili padi/cabai fertigasi.
Hanaa naik Kakak (nama kambing tu, kambing yang paling jinak).
GEBU (kucing -- ada katil sendiri ke...)
Ayam-Botak-Kluk-Kluk. Kelakar, Hanif batuk depa pun batuk

Itik yang hitam legam ada, yang putih melepak pun ada. Azhar & Siti ternak untuk telur (
telur asin). Kami lunch dengan hidangan specialnya iaitu
rebung masak lemak bertelur itik & ikan keli goreng berlada -- beserta beberapa jenis lauk lain, semuanya dipetik/diambil dari keliling ranch. Giler punya selera!!! Kaw kaw makan...


Kambing kacuk -- Jamnapari ke atau Boer?
Hanif yang paling seronok -- mula-mula takut -- tapi kambing jinak betul. Sebelum balik, dia kata nak duduk kat situ cuti sekolah yang akan datang...
Ketua Kambing -- tunjuk cara-cara marching yang betul...

Azhar/Siti menternak ikan keli kolam, depa ada beberapa kolam ikan keli. Azhar royak kat den, musuh utama ikan keli sini ialah
burung hantu -- depa sambar malam hari dan suka makan kepala ikan keli tu. pagi esok nampak badan ikan je tinggal.

Luas (gambar dari depan rumah) -- Hanif siap boleh main
frisbee (lihat bawah kuning/biru -- masih simpan lagi, frisbee dapat masa kat Melaka).

Hanis -- berangan.

Uncle Azhar keluarkan sekor arnab yang jinak untuk bolehkan
Hanaa main-main.
den sompek gak posan kek diaorang berduo, sediokan Buku Pelawat (ado buku pelawat dapat gak visitor sign conteng autograph & catat sikit-sikit apa yang patut...).
.
dan sebelum berangkat balik, Azhar/Siti kutip semua hasil mahsul yang ada kat keliling rumah (termasuk ikan lampan pekasam) dan sumbat dalam kereta. Kami pula bagi Azhar/Siti sebuah plak cenderahati Jalan-jalan Cari Makan sebagai tanda kenang-kenangan (ha ha ha -- mana adaaaa...marah Maria Tunku Sabri)
.
(jommm cari tanah 5 ekar -- kalau ada anak sungai lagi best, batu-batu -- buat ranch -- boleh bela lembu/kuda tanam pokok (kira agrotourism) ahhhh macam-macam lagi boleh dipikior...)
4 comments:
member bro ni hebat ah...
terus kawan berangan - angan.
hebat betul
tuan blog, tersinggah disini.
kelakar tengk gmbar Hanaa naik kakak. Kambing kakak betul-betul keraskan kaki buat kuda-kuda nak imbang berat Hanaa.
*real kelakar*
sham, bagus angan-angan sham, tapi jangan macam mat jenin pulak...
kambing tu pun agaknya kesian kalau budak ni terjatuh kot...
rajin-rajin mai sini.
Post a Comment