Sunday, March 29, 2009

Berdangdut Dalam Masjid

Letih, letih. Dah banyak kali Imam habaq, sila matikan atau silent kan handphone bila nak solat. Kat tiang-tiang dan diletak Poster/Sticker (sumbangan TM -- Telekom Malaysia) berlambak ditampal dalam masjid yang tulis -- tiada yang lebih penting dari panggilan Ilahi.
.
Apa jadi? Orang tengah solat -- tiba-tiba ntah mana punya hp berbunyi -- terpancul lagu dangdut -- apa tajuk ntah -- "...haii, jangan, coba, merayu lagi..." <<<--- saper nanyi lagu ni?
.
Alahai, den rasa jamaah yang tengah solat pun terkejut tersengih dengar lagu hp hang...apa punya lagu lah orang tu download...panjang pulak tu, solat Asar, rakaat 1 dah bunyi. orang yang call try sekali lagi, bunyi lagi dangdut rakaat 2. Rakaat 4 bunyi lagi... peh berdangdut lah kita dalam masjid...
.
Last week, tengah solat Asar kat satu surau, ada satu brader punya HP berbunyi main lagu Soldier of Fortune (Deep Purple). Rakaat 3 dah bunyi. Nak kata jamaah tak dengar, bohong sangat la..memang jelas bunyi guitar plucking dan suara singer. Tambah pulak semua orang tengah solat, sunyi lerrr. So memang jelas ler lagu tu terngiang-ngiang masuk telinga jamaah. Adusss. Rakaat 4 bunyi lagi. Masa nak beri salam bunyi lagiiiiii....
.
Gini lah ye... saya pernah tanya satu Ustaz tentang hal HP berbunyi masa tengah solat. Ustaz tu kata berpandukan fatwa/hukum -- wajib tekan button HP tu supaya senyap bunyi HP tu. Fatwa mengambil kira hukum bila ada ular lalu tepi orang yang tengah solat -- kita wajib pukul ular itu (dalam keadaan solat diteruskan). Dalam 2 kes ini ada unsur kemudaratan kepada jamaah lain. Wallahualam.

6 comments:

yensetapak said...

mmg bengang lah kat org yang tk pandai jaga hp dlm masjid. patut org sbelah seluk je kocek org tu rampas hp dia & hempas kat dinding, ok tk bro?

powersaver said...

yang best lagi lak, yg henpon bunyi tu tuan punya nya berjanggut alim2 rupanya......

Anonymous said...

saya guna std ring tone je sebab takut lupa nak silent masa solat. takdelah berdangdut ke apa ..kekadang terlupa gak esp masa nak cepat kejar imam... lambat sampai surau /masjid... he he

tajudin said...

yen, kalau hp dia kat kocek baju ok la kot. tapi kalau hp dia dalam poket seluar, alamat boleh kena makan penampar wooo...

tajudin said...

powersaver, dulu minat lagu tu kot, sekali sekala layan jugak...

tajudin said...

anon, ok jugak tu, yang bunyi tut-tut 3,4 kali. tak pun vibrate je...