Sunday, March 8, 2009

Hari Sukan SIMDE 2009

Sabtu pagi semalam 7 Mac 2009 berlangsung Temasya Sukan Tahunan SIMDE kali ke-11 bertempat di Kompleks MPSJ, Subang Jaya. Ianya dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya.
.
Berkongsi sebahagian gambar.


Sekitar persiapan perhiasan rumah/khemah pada hari sebelumnya.

Sebahagian bekas pelajar SIMDE yang turut hadir membantu/menyokong guru-guru lama mereka - Hanis & rakan-rakan
YB Hannah (berbaju kurung biru)
Sebahagian ibubapa yang hadir, sedang menyaksikan perbarisan (marching)


Antara yang turut hadir bersama YB Hannah ialah Wakil Pengarah Bahagian Pendidikan JAIS (kiri sekali) dan Pengerusi Yayasan SAMDE (baju putih)


Hanif bersama Pak Uda, Jurulatih Rasmi (Official Coach) Kelab Memanah SIMDE. Pak Uda nasihatkan Hanif berusaha bersungguh-sungguh dalam sukan memanah. Saya tanyakan Pak Uda jarak paling jauh Pak Uda boleh memanah, dia habaq --- 200 meter!!! Peh, camana nak tarik busur tu...
Sebahagian acara yang berlangsung.

Dr. Nasir (Klinik Dr. Rosli, SS19) - baju putih/bertopi - sukarelawan yang sentiasa membantu SIMDE --- mengetuai Unit Pertolongan Cemas. Sedang berkongsi pandangan/pendapat/pengalaman. Saya tanya Dr. Nasir -- takkan nak diri je, marilah duduk. Doc kata tak pe. Saya tanya semula berapa lama rekod Doc boleh berdiri? Doc kata rekod dia berdiri terus menerus adalah selama 6 jam...so ok lah tu...
.
(Bagi saya sendiri, Dr. Nasir bukanlah orang asing kerana selain beliau adalah pak sedara sahabat saya, beliau juga adalah orang kuat PIBG sekolah lama saya, dan juga menjadi penyumbang dari segi rawatan/perubatan kepada ahli Jawatankuasa/Pentadbiran Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19. )
Gambar persiapan penyampaian Hadiah. Keputusan akhir --- Juara Keseluruhan Sukan SIMDE 2009 dimenangi oleh Rumah MU'TAH (merah).

No comments: