Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul & Ceramah Maulidur Rasul Masjid Abu Bakar As-Siddiq

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H.
Tanamkan rasa kasih & cinta dalam diri kita dan keluarga terhadap Nabi s.a.w. dalam kehidupan seharian kita. Jadilah Umat Nabi sebaik mungkin. Untuk hayati/baca Sirah Nabi klik SINI
(rekod: Maulud = bayi; Maulid = kelahiran/hari lahir)
***
Ceramah Maulidur Rasul Masjid Abu Bakar AsSiddiq
Tarikh: 18 Mac 2009 (Rabu)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Masjid, SS19, Subang Jaya
Penceramah: YBhg. Prof. Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz
Semua dijemput hadir
---

Bersama Imarahkan (merai & meramaikan) masjid walau di mana anda berada. Tak kira samada masjid di kampung mahupun di bandar --- samada Masjid Kampung Simpang Baba, Masjid Permatang Tok Mahat, Masjid Hijau Kampung Kedah, Masjid Sungai Abong, Masjid Parit Bunga, Masjid Jamek Muar, Masjid Al-Falah, Masjid Al-Mukminun, Masjid Darul Ehsan dan sebagainya.
.
Untuk makluman, di Masjid Abu Bakar AsSiddiq ini hampir setiap hari diadakan Kuliah Maghrib yang dikendalikan oleh para Tuan Guru/Ustaz. Pengajian meliputi kuliah Tauhid, Feqah, Sirah, Hadith, Tajwid, Tafsir, Sejarah, Umum dan juga pengkhususan Tasawuf serta pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah. Antara kitab yang dibaca dalam kuliah-kuliah tersebut ialah Penawar Bagi Hati, Hadith 40 & I'itiqad Ahlussunnah Wal-Jama'ah. Bagi Kaum Ibu/Wanita ada kuliah siang/petang Selasa & Khamis termasuk Kuliah Umum La-Tahzan (Jangan Bersedih).
.
Imam I & Imam II sendiri akan mengambil alih slot jika terdapat kekosongan. Kuliah Tetap Imam I (Imam Abas) ialah pada setiap Maghrib Selasa dan Kuliah Subuh setiap Sabtu/Ahad @ cuti Umum. Sementara Kuliah Tetap Imam II (Ustaz Wan Adam) ialah setiap Maghrib Isnin -- Kuliah Al-Quran (Tafsir/Tajwid/Taranum).

No comments: