Friday, March 13, 2009

Friday the 13th --- Happy Birthday!!!

Happy birthday to my dearest wife. Moga gembira/ceria selalu hidup bersama 3H & 1T...
.
(wish to share below - from one of the emails received ceduk from Harian Metro...)
---

Kenali karakter melalui tarikh lahir
PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
.
Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai. (kah kah kah...!!! besday saper ni??? saper lahir 1 haribulan, jom pi pantai...)
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya. (Hosni Mubarak) & (Barack Obama)
5 - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. (Lim Guan Eng), (DS Sammy Vellu)
9 - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya. (DSAI) (Nurul Izzah) (Khairi Jamaludin)
11 - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. (HANAA -- banyak sangat main dengan kucing...)
12
- Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. (Hannah Yeoh)
13 - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu? (TS Muhyiddin Yassin)
16
- Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan. (Ir. Nizar Jamaluddin)
18
- Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. (HANIF -- lukisannya dasat-dasat, will post some in future)
19 - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya. (Bill Clinton)
20 - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya. (Nabi Muhammad s.a.w), (Che Det @ TDM), (DS Hadi Awang), (Lim Kit Siang), (Adolf Hitler)
21 - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. (DS Najib)
24
- Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. (DS Mohd Ali Rustam), (Nor Ezam Mohd Nor)
25 - Gembira dan gemar berlawak.
26 - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih. (Pak Lah)
27 - Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda. (HANIS --- perintahnya yang adik-adiknya tak mau dengar >> jom mari kita semua bersihkan rumah cat...), (Saddam Hussein) & (Karpal Singh)
29 - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
>>>**********<<<
Relaks, jangan serius sangat...taknak percaya pun tak pe...Pernah jugak hadir Kursus macam ni kendalian Dr. Fadilah Kamsah, tapi lama dulu, lupa pulak. Kalau ada saper boleh share, please komen/email.

9 comments:

Tirana said...

Happy birthday to your wife..moga diberkati Allah selalu..


Hahaha..sapa yang lahir 1 haribulan tu?

Saya lahir 10 haribulan..sama macam DSAI

amy said...

selamat hari jadi kat wife.

The CEO said...

Selamat Hari Lahir to your wife, semoga dipanjangkan umur dan dicurah-curahkan rezeki serta kesihatan yang berpanjangan oleh Allah s.w.t, kepadanya dan seisi keluarga.

amy said...

risaua kat org yg lahir 23hb tu.......

Anonymous said...

Bro Din, congrats 2 yr wife, many happy returns.

aku tak lahir 1 h/bln, tp kenapa aku suka ke laut (pancing ikan)?

Anonymous said...

Taj, kirim salam Lin, Happy Birthday!

tajudin said...

Terimakasih semua. My wife memang follow/baca blog ini.

Tirana, anda seorang yang jujur.

Amy, jangan risaukan orang lain...

The CEO, Amin Amin Amin

Anon 10.32, baca semula, ke pantai ke atau ke laut? jauh beza tu...

Anon 2.43, ok thanks.

Ujie said...

saye 20hb..wah..sama ngan Nabi Muhammmad..alamak malu..perangai kena sama gak ngan nabi cam ni...

tajudin said...

ujie, cuba dan teruslah berusaha...