Monday, March 30, 2009

Kucing Jadi Cikgu

Kami (Hanis, Hanif, Hanaa) ada bela kucing yang duduk di rumah kami dan ada beberapa ekor yang liar (datang cuma time makan) --- stray cats/alley cats. <<-- depa ni kira ahli mesyuarat tingkap/dapur. Hanaa selalu bercerita tentang kucing-kucing ini. Jom tengok beberapa perkara yang budak-budak ni pelajari dari kucing.
Ni anak kucing liar terbaru. Yang duduk belakang adalah ibunya. La ni tumpang dalam kotak duduk kat stor belakang rumah. Kecik-kecik dah garang, ada hati nak gigit orang pulak tu...
Dikongsi beberapa pelajaran dari kucing yang Hanis/Hanif/Hanaa habaq/share.
1. Kucing sentiasa sambut kita bila kita balik dari sekolah/masjid/jalan-jalan.
2. Kucing akan hantar/tengok kita bila naik bas pi sekolah.
3. Kucing tak pernah marah atau merajuk dan tak ambik hati (walaupun telinganya kena jentik).
4. Kucing tak merungut walaupun makanannya hari-hari benda yang sama.
5. Kucing takkan berak di tempat kita bagi dia makan/tidur.
6. Kucing tahu menepati janji (faham cakap orang kot?) -- Hanaa selalu cakap dengan kucing-kucing liar --- esok saya cuti, boleh datang lambat sikit jam 8.00 pagi. Diorang pun datang lebih kurang jam 8 untuk breakfast. Kadang-kadang Hanaa pesan --- kami nak keluar, lunch tak de, datang semula jam 6 petang. Jam 6, kucing tu pun berlonggok lepak kat belakang dapur...
8. Kucing bertambah manja kalau kita selalu usap/urut mereka termasuk kucing-kucing liar itu..
9. Kucing bangun awal pagi...dan kucing bukan tidur mati...
10.Kucing ni berani la, boleh tidur kat luar rumah sorang-sorang je...
11.Kucing tidak pernah merungut/mengeluh kalau sakit...


Kucing liar.
Miss Friday


10 comments:

4H said...

eeeuu,muka friday buruk la..

-hanaa-

Anonymous said...

Cantiknya anak kucing number 1 tu. kucing number 3 tu nampak serius macam garang

tajudin said...

buruk-buruk pun, bela jugak kan kan...

tajudin said...

anon, semua kucing tu sebenarnya semua jinak, tambah pulak ada ikan rebus...

Nora said...

cute giler kucen2 ni...hehe

tajudin said...

Nora, memang cute, cumer tak larat nak bela...

Datang selalu blog ni OK. TQ. (Blog Nora di link blogroll.)

Bitter Sweet said...

cute nye kucing2 ni..suke sgt entry kucing ni..saya suke tgk kucing je tp takut nk pegang sbb pernah kena gigit ms kekecik dulu

tajudin said...

Bitter Sweet - banyak citer pasal kucing dalam blog ni, search sahaja. Rajin-rajin datang, nanti saya link.

idah said...

salam,sayaidah kawan kak lin /customer kak lin.saya diberi tiga kegembiraan....:bertemu blog kaklin,sedangkan yang idah cari ialah kak nur izzah dan abang mustaza,best students mrsm kulim 1988.jika tau,mohon notify.kak izzah adalah motivator dalam student life idah sejak form 3.
dan kegembiraan kedua,jumpa kucing.
ketiga,nak cari kak izzah,jumpa blog kaklin...

tajudin said...

Idah, selalu lawat blog rojak ni, masuk semua. Tapi Kak Izzah MRSM tu tak kenal...