Program Ibubapa bercerita anjuran Biro Pendidikan PIBG SIMDE dengan kerjasama guru-guru SIMDE telah diadakan pada hari Khamis petang (14 Ogos 08) untuk semua murid Tahun 3, Tahun 4 & Tahun 5.
Tajuk Program kali ini ialah tentang Jurutera/Engineer. Disampaikan dengan menarik oleh Puan Nur Alina Jelani - Jurutera di Bahagian Research & Technology, Petronas. Penerangannya sangat jelas termasuk memfokus kepada kerja-kerja jurutera-jurutera carigali dan di pelantar minyak, lengkap dengan video. Beliau juga menerangkan bagaimana keperluan/persediaan untuk menjadi seorang jurutera -- apalagi kalau tak belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam semua subjek, khususnya Sains & Matematik.

No comments:
Post a Comment