Thursday, August 7, 2008

SB yang kurang cerdik...

.
(petik emel di mailbox in response to Portuguese alfonso d’ albuquerque) mengapa bala tentera Portugis serang Melaka sahaja? kenapa Portugis tak jadi serang sebelah Utara (Penang/Kedah)?
.

---
.
diceritakan beberapa bulan selepas menawan melaka, alfonso telah hantar berpuluh SB (special branch diimport dari negara asal alfonso -- imported spy leman) untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan penang/kedah. setelah berbulan jalankan tugas, mereka akhirnya secara sulit bermesyuarat di a'farmosa melaka.
.
SB-SB >>> selamat siang tuan alfonso
.
alfonso >>> selamat siang
.
SB ketua >>> kami berpendapat adalah lebih elok tuan lupakan terus niat tuan untuk menawan kedah dan penang
.
alfonso >>> (marah yang amat) mengapa?!!! adakah mereka terlalu kuat? adakah mereka gagah perkasa...!!
.
SB ketua >>> begini tuan alfonso. tuan masih ingat tak melaka ada 5 pahlawan terhandal hang tuah, hang jebat, hang lekiu, hang lekir dan hang kasturi. masa kita serang melaka dulu pun 10,000 tentera kita mati di tangan mereka ini, inikan pula kita mahu serang kedah/penang yang ada beribu-ribu hang..!!
.
SB timbalan ketua >>> betul tuan alfonso. hang di penang/kedah lagi ramai, antaranya hang sihatka, hang lagumana, hang dokbuatapa, hang apahabaq, hang pimana, hang loklak, hang gila, pak hang, mak hang, tok hang, pak manakan hang... ramai betul hang di kedah/penang tuan alfonso..!!
.
demi mendengar sahaja maklumat risikan itu, alfonso terus membuat keputusan membatalkan hasrat menyerang kedah/penang kerana mengambilkira pengalaman ngeri ketika menyerang melaka yang semasa itu cuma ada 5 hang sahaja tetapi tentera alfonso ramai terkorban. maka dengan keputusan itu, terselamatlah kedah/penang dari serangan tentera portugis....begitulah adanya...
.
.
(....cerita ni tak jumpa dalam buku sejarah......)

.


.

3 comments:

Anonymous said...

Amboi,

Pandai betullah org Muo ni buat cerita, buat gelak.

Anonymous said...

gilerrrr punya lawak, hilang mood aku nak buat keja.

brader, elok cerita ni dimaklumkan ke muzium melaka & kedah & penang sebagai rekod. best.

tajudin said...

kalbi, orang lain hanto kat orang muo. orang muo publish je. tq.

yensetapak, sori ler kalu hilang mood. patutnya lagi semangat buat kerja. tak payah le kot, takut muzium buang citer ni kat bakul sampah.