Wednesday, September 3, 2008

Universiti Sains Malaysia, Minden, 11800 Penang





USM berjaya dipilih sertai program Apex

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan. “Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini. Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. “Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya. Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”. Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.Bernama

---
.
TAHNIAH (51x) USM ...!!!
.
USM -- 50 Universiti terbaik dunia tahun 2020. OK, GO FOR IT!!!
(tak sia-sia jalan kaki naik bukit turun bukit ke hulu ke hilir)
.
++++
Blog/weblog yang begitu gembira dengan pencapaian USM ini (hampir kesemuanya milik @ tulisan bekas penuntut USM)
oohhh dan...1,186 blog post related to USM Apex.
---
kalau panjang umur, akan blog sekali lagi tahun 2020 pasal USM dalam ranking 50.
---

10 comments:

Anonymous said...

din, dah lama rasanya tak dengar perkataan MINDEN tu.....

harap hang sihat sejahtera bro.

albeeb said...

Same2lah kita berbangga dengan pengiktirafan ini. Lepaih ni USM lagi glamour la....

tajudin said...

>rider -- Minden Jokers ke?

>>albeeb -- mu ambik le PhD kat USM..

albeeb said...

Din, tak brapa boleh nak belajak dah. Pikiak nak cari duit saja la ni. Anak dah lima, committment lebih....

Anonymous said...

semoga USM terus unggul.

x-tutor.

tajudin said...

tq x-tutor,
semua yang baca artikel ni boleh tulis ucapan tu, tapi sebenar patut ditujukan pada semua staf/kakitangan USM yang berdedikasi.
to all (and x-tutor too) pls email me your blog add so i can link under friends' blog. tq

Anonymous said...

yeah usm is the best!hopefully usm akan tersenarai dalam 50 uni terbaik dunia insyaAllah :) n hu noes mgkn top 10 kan satu hr nanti ;)

tajudin said...

adamenza,
doakan yang terbaik untuk mereka yang bekerja keras di sana.

Anonymous said...

wah!! blog saya! blog saya!

tajudin said...

ashraflatif, ye jumpa blog ni masa search hari tu.

ok!