Wednesday, December 10, 2008

PISANG KAKI kepada semua KAKI PISANG

Kaki pisang = banana foot/leg (he he) = persimmons (korea persimmons?)
.
Ada jiran bagi pisang kaki kat kami. Hanaa kata nampak macam tomato. Hanif kata tak nampak macam pisang pun, tapi macam terung bulat atau epal atau peach (Prunus presica).
Formula mana yang betul?

>>> a. ciku + epal + pisang = pisang kaki

>>> b. peach + pisang + tomato = pisang kaki

>>> c. epal + terung bulat + peach = pisang kaki

So kalau orang bagi tekateki -- pisang apa yang bulat? jawabnya, itulah pisang kaki.

Pisang Kaki yang siap untuk dibedal...manisssss. tq jiran tq...
.
Sebenarnya, pokok pisang kaki macam pokok jambu batu atau pokok gajus atau pokok pelam epal (bukan macam pokok pisang pun...). ia adalah pokok kekal dikot (ingat pelajaran biologi @ sains pertanian? dikot @ monokot?)
.
>>Monokotiledon- biji benihnya hanya mempunyai satu kotiledon sahaja. Contoh tumbuhan monokotiledon ialah rumput, lalang, pokok jagung, padi, tebu, pokok kelapa, pokok pisang dan orkid.
.
>>Dikotiledon - biji benihnya mempunyai dua kotiledon. Kotiledon ialah daun biji benih yang mengandungi makanan, terutamanya kanji. Makanan di dalam kotiledon digunakan semasa percambahan biji benih. Contoh tumbuhan dikotiledon ialah pokok keembung, pokok getah, pokok bunga raya, teratai dan pokok ati-ati.
.
Khasiat pisang kaki dan lain-lain boleh dilihat di SINI

Saya ambik benih dia nak cuba tanam kat depan rumah, kalau idup dan berbuah nanti, saya ajak semua pembaca blog ini, mai rumah, kita makan buah pisang kaki...(he he he)

13 comments:

Unknown said...

kenapa dinamakan pisang kaki?
berbuah kat pangkal pokok ker?
nak try ler. kat pasaraya teman ada nmpk jual. was was jugak. nama dia pisang kaki. nmpk cam buah tomato jer. tu teman tak beli.

tajudin said...

kenapa dinamakan pisang kaki? peh -- panjang citernyer sham...setakat 2 teko kopi pun tak habis lagi citer...

Anonymous said...

saja nak tau, dah tumbuh ke pisang kaki tu?

tajudin said...

baru nampak komen.

tak tumbuh ha ha ha, mana ntah pi biji tu...

Anonymous said...

saya dah pernah cuba tanam biji pisang kaki,tumbuh tapi tak lama usianya

tajudin said...

kena letak bawah tempat redup sikit agaknya

WNA said...

rupenye famous jugak pisang kaki ni ye :)

tajudin said...

Cik Qemm, famous dan sedap, harganya yang saya tak pasti...(pasal selalu dapat free...)

Anonymous said...

makan pisang berbau kaki

tajudin said...

Anon, pisang kaki ni sedap, bau pun OK gak...tak le sampai bau kaki

Anonymous said...

dalam bahasa jepun Ka-Ki,

Dari mata turun ke hati said...

saya dah tanam biji pisang kaki ni & dia tumbuh. persoalannya, boleh kah dia berbuah dlm suasana cuaca kat malaysia ni?

tajudin said...

DMTKH - cubalaha, mana tahu berbuah nanti, boleh kaya...