Thursday, January 1, 2009

turn 39 today --- (1st. posting in 2009)

so today, i turn 39 and the whole world celebrates it. thank you. it's a public holiday for all people of the world! (statement perasan setiap tahun)

---

nak buat apa umur dah 39 ni? apa azam? ha ha ha age is just a figure/number. the most important thing is how you treasure/appreciate life.

saya selalu berazam (berdoa) agar Allah permudah untuk saya/isteri (terutamanya) & keluarga dapat mengerjakan ibadah haji sebelum umur saya 40 tahun. today dah 39, left with 1 year to go 40, dan cuma ada satu lagi musim Haji Zulhijjah 1430H. But based on our current financial which is starting to turn sour, am not very sure whether the AZAM can be materialised.

---

saya masih ingat, suatu malam (malam Jumaat) sejurus selepas solat-sunat-sebelum-isyak (rawatib qabliyyah), seorang pak lebai duduk menghampiri saya, salam dan tiba-tiba sahaja dia bertanya - tuan sudah pergi haji? saya kata belum. dia tanya -- bila nak pergi? cepat sahaja saya jawab -- Insya-Allah sebelum umur saya 40 tahun. Dia kata -- tuan kekalkan berdoa kepada Allah, moga Allah tunaikan doa tuan. Pak Lebai itu kata lagi -- saya sendiri mengerjakan haji ketika berumur 37 tahun. semuanya rahmat Allah.

saya yakin dengan kata-kata Pak Lebai itu. Rahmat Allah. Kadang-kadang kita heran camana penoreh getah/nelayan boleh pi haji suami isteri. Orang yang kerja kat bendang pun sama. Rahmat Allah. Kadang-kadang heran juga kenapa orang yang berharta mempunyai duit cukup untuk anak cucu, tapi masih tidak ke sana. Yang terbang melintas Tanah Suci banyak kali dalam setahun, tapi tak upaya nak singgah ke Mekah. Yang dah berduit/teringin dan dah register nak pi pun, masih tak dipanggil oleh Tabung Haji. Yang dah siap semua sekali/kursus/beg/kenduri nak pi haji/dah bertolak dari rumah nak ke berlepas ke Mekah pun, meninggal di tengah jalan. Maka saya yakin, semuanya rahmat Allah.

Moga Allah merahmati kita semua. Moga Allah merahmati diri kerdil ini dengan memberi umur setahun lagi. Moga Allah permudahkan kita semua, adik/abang/kakak/sedara/mara/rakan sekolah/rakan U/rakan kerja/pembaca blog ini dapat mengerjakan Haji pada usia yang paling wajar dalam keadaan sihat dengan penuh rahmat-Nya, Amin.

(Nur hantar mesej dia jumpa my old friend jiran semeja dalam satu kelas di sekolah dulu, kawan tu baru balik Haji.)

---

SELAMAT BERCUTI semua. Happy HOLIDAY !

18 comments:

RHisham said...

Bro! Mu punye posting kadang kala mmg menyentuh terus ke benak hati kering aaarrr.

Rahmat Allah dan juga rezeki yang ada keberkatan.

Shah Jehan said...

Assalamualaikum Brother Tajudin. Tahniah, dah menyambut birthday ke-39! Bagus sebab berazam nak melengkapkan rukun Islam. Saya berdoa bro dan isteri dapat capai hajat yang murni tu. Financial crisis kat Malaysia belum lagi. Financial slowdown bak kata Zeti Akhtar. :)

KD (pw) said...

azam yg sgt baik seakli. Allah makbulkanlah azam ini. Amin Amin Amin

tajudin said...

posting must come from inside, my opinion.

if come from others - we call it poster (tak pun postal he he he... ok ke?)

tajudin said...

sis shah jehan, waalaikummusalam & thank you.

on financial - am not referring to Malaysia, but more on my family. though time is waiting.

harap cepat OK.

tajudin said...

KD (pw) - terimakasih. moga doa kita semua dimakbulkan.

Anonymous said...

Taj, happy besday! happy happy selalu kay.....

n.i. said...

salam tuan,
selamat menyambut ulangtahun ke 39! may Allah bless you :-)

tajudin said...

tuan/puan anon, terimakasih. happy mesti mau ada.

tajudin said...

n.i., tq. terimakasih & Amin. take a week-off & just relax.

Ujie said...

Saya doakan azam encik Tajudin sekeluarga dimakbulkan Allah..azam saya nak kawen 20.09.2009..tp jatuh pada hari raya pertama..musti tok kadhi tak available..lg satu..ada ke orang menikah hari raya? cam tak pernah dibuat dek orang..huhu

tajudin said...

ujie, OK jugak menikah hari raya pertama, jamu tamu dengan coke & kuih raya & ketupat...

20.09.2009??? lama benor, cuba buat 29.02.2009.

Mr.RHishaM said...

29.02.2009??? ak ah iyer. tunggu ler date tu :)

kak ram said...

happy b'lated birthday. orang lahir 1 january ni selalunya garang, tegas dan serius. betul tak?

tajudin said...

sham, tarikh tu cepat sikit, kira tak jauh lagi dah, nombor pun cantik...

tajudin said...

kak ram,kak ram ni macam datuk fadilah kamsah je...

ha ha ha ntahlah saya tak perasan pulak benda-benda tu ...by the way, singa/harimau semua lahir 1 Januari ke? (saja melawak)

tq, anyway.

amy said...

happy happy belated birthday!!! baru baca blog utk tahun baru ni. semoga murah rezeki panjang umur.

tajudin said...

amy, AMIN

& tq