Sunday, December 7, 2008

Tragedi Bas di Tangkak, Muar

Takziah Takziah Takziah. Lokasi KM146 PLUS -- klik SINI

Ahad Disember 7, 2008
9 maut, 19 cedera bas ekspres terbalik awal pagi
MUAR: Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, kesemua identiti penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Johor Baharu, itu masih belum dikenal pasti.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Nasir Mohd Ali dipetik Bernama berkata, pemandu dan pemandu kedua adalah di antara mereka yang cedera.
Laporan awal menunjukkan, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan penumpang yang kebanyakannya sedang tidur cedera parah.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemandu kenderaan itu yang tersepit di tempat duduk kenderaan berkenaan yang remuk teruk.
Nasir dijangka mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ini untuk memberikan butiran lanjut.
Kesemua mereka yang cedera dan meninggal dunia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

--

Ikut pendapat/pandangan saya, Hi-way PLUS Tangkak bermula dari Jasin ke Pagoh, pada dasarnya adalah lurus dan landai (rata) bukan seperti PLUS di sebelah utara yang berbengkok-bengkok dan turun naik (berbukit).

Kemalangan pada jam 2 pagi -- Adakah sebab mengantuk? -- Adakah kerana terlalu letih? -- Kerana cuaca/hujan/keadaan jalan? -- Atau, adakah kerana terlihat kelibat makhluk / bayangan / benda terbang / sesuatu merayap melintasi jalan?

8 comments:

Unknown said...

eksiden jam 2 pagi? tak dok sbb lain. ngantuk lah tu.
klu kena kat kawan pun kawan ngantuk, drive jam 2 pagi.

Unknown said...

tapi sbb. yg paling mudah = takdir Ilahi. Malang tak berbau cam artikel ari tuh Bro.

tajudin said...

> depa driver bas bro, kenalah jalan jam 2 pagi...tapi kenalah cukup rehat untuk bawa bas/kenderaan malam.

>> ya, setuju. ini kira sebab penyebab je...

aaapit said...

nk crita pengalaman skit ek..byk kali jadik sbb duk ulang alik kuittho..area tangkak tu ada satu hentian yg dah ditutup..dah 5 kali jadik terbabas kat situ around waktu tu jgk..stereng jadik berat...nak crita pengalaman jaa..tu jaa..

tajudin said...

aaapit, itu sudah kira citer mistik tu... macam citer ketuk kereta kat batu pahat. atau macam citer VV putih kat sungai perak...

tajudin said...

update: 10 orang terbunuh.

Anonymous said...

jlan tu lurus. so, rasanya driver penat letih terlelap mcm post ari tu

tajudin said...

ntah la, mungkin la kot