Wednesday, March 11, 2009

...Beware of Anthracnose

(Tulisan saya di bawah ini ialah untuk projek tanaman cili secara fertigasi dengan kawalan bukan-secara-organik)
.
Tanam cili memang best! Kenapa? Harganya yang tinggi dan stabil berbanding terung, tomato etc. Tapi hati-hati kalau tanam secara open (tanpa rumah kalis hujan @ greenhouse). Bukan nak kata kalau ada greenhouse tak kena, tapi tak de GH lagi teruk kena...
Tapak projek yang dikenalpasti sesuai untuk projek fertigasi
Gambar bawah ialah tanaman cili secara semi fertigasi (tanpa green house). Tanpa lapik silvershine di bawah polibeg/bata adalah tidak disyorkan, kerana tak larat dengan karenah/penyakit bawaan rumput.
Penyakit yang paling kerap serang cili ialah kerinting daun/kerekot. Tips paling awal masa nampak daun kerinting --- kalau kerinting ke atas, segera sembur racun CONFIDOR, kalau daun kerinting ke bawah, sembur MISET @ SELECRON. Tapi kalau dah teruk tahap GABAN terus cabut & bakar, takut dia merebak ke pokok lain
Penyakit cili bila masa musim berbuah ialah Antraknos buah --- aisey, cili dah le berbuah, tapi bila berbuah, buah jadi membusuk macam gambar ni, nak jual pun tak laku. Racun kimia yang patut dimandikan pada pokok ialah salah satu @ campuran @ 5 hari sekali tukar racun cadangan berikut -- Dithane, Mancozeb, Decis @ Ambush/Cymbush. Seperti biasa buah yang dah kena Antraknos hendaklah dibuang/bakar, jangan biar bertabur atas ladang...
.
Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan lupa pasang/gantung "SuperLure Fruit Fly Attractant" bila tiba musim pokok cili dah berbunga. Tapi jangan gantung dalam kebun, gantung kat luar tapak projek at least 50 kaki jauh.

Kami di Dunia Dagang sedia membantu/beri khidmat nasihat, bahkan kami sediakan pakej lengkap untuk tanaman/projek fertigasi (secara organik mahupun bukan organik) kepada semua yang berminat.

2 comments:

Unknown said...

Anthracnose bunyi cam anthrax + nose.

tajudin said...

ha ha ha gitu ler citernya...