Monday, March 2, 2009

PESTA BUKU KELANTAN KE-34

Pesta Buku Kelantan 2009 kali ke-34 akan diadakan seperti berikut:
.
Tarikh: 29 Mac 2009 hingga 04 April 2009 (7 hari berturut-turut)
Tempat: Dewan Jubli Perak MPKB (Padang Perdana), Jalan Mahmood Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Waktu: Bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Anjuran: Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) + Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN) & ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd (rangkaian kedai buku dan alatulis serba lengkap milik bumiputera di Negeri Kelantan Darul Naim)
.
Lebih 50 penerbit buku dari seluruh Negara termasuk penerbit dari Singapura akan menyertai Pesta ini yang terdiri daripada Pearson (M) Sdn. Bhd, Dawama Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Oxford Fajar Sdn. Bhd. dan banyak lagi. Berbagai-bagai jenis buku yang berkualiti akan dipamer dan dijual termasuk buku-buku akademik dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, buku-buku pusat sumber sekolah, buku-buku professional, buku-buku umum dan buku-buku import akan dipamerkan dan dijual. Pemberian diskaun dari 10% hingga 70% akan diberikan ke atas judul-judul buku yang terpilih.

2 comments:

Unknown said...

terima kasih banyak banyak Bro sbb sudi blogkan acara tahunan kat Kelantan.

jemput semua pembaca blog ke PBK 09

tajudin said...

musti blog punyerrr. kelantan macam-macam ader...

ok jom ramai-ramai ke kelantan!!!