Monday, March 2, 2009

...siapa yang akan usung jenazah ku.... & OFFLINE

(saya mengikuti kursus motivasi weekend baru-baru ini)
.
pakar motivasi itu suruh kita imagine - kita mati/meninggal dunia hari ini. beliau meminta semua yang hadir listkan 4 orang yang kita rasa akan secara sukarela berebut-rebut (yang kita boleh CONFIRM) mesti akan membawa / mengusung / mengangkat mayat/jenazah kita ke liang lahad/kubur dan yang akan turun ke liang lahad untuk sambut baringkan kita di situ.
.
kalau rasa badan kita dalam kategori berat - maka senaraikan 6 orang.
.
those to be disqualified...
1. ibubapa kita - samada mereka telah lebih dahulu meninggal dunia atau sudah tua dan tidak larat. bahkan adalah tidak patut kita menyuruh mereka mengusung kita hingga ke liang lahad.
2. isteri atau suami. suami mungkin boleh, tapi kalau kita lelaki, adalah tidak patut kita menyuruh isteri kita mengusung jenazah kita. kita pun tau isteri kita tidak larat.
3. anak kita. kalau anak perempuan - tidak patut. kalau lelaki OK tapi itupun kalau dah besar dan bertenaga. kalau dah jadi mat gian, mat ganja, penakut tak tentu hala, maka abaikan.
.
Maka lihat sendiri ikhlas dengan mata hati. Tengok di kalangan adik beradik (kalau ada) sahabat handai (kalau bersahabat baik) dan jiran tetangga (kalau manis muka) serta orang masjid (kalau rajin ke masjid).
.
Senaraikan cuma 4 sahaja nama manusia - dalam masa 5 minit - kata pakar motivasi itu. Senaraikan mereka yang kita PASTI akan ke depan usung/angkat jenazah kita dan yang akan turun untuk sambut kita kita di liang lahad.
.
saper yek?
Tulis macam ni...(tulislah nama tu kat ruangan komen)
Senarai pengusung jenazah ku yang aku yakin/CONFIRM
1.
2.
3.
4.

(ada ke volunteer kat sini?)
---
---
bro/sis/frens/visitors,
will be away for at least 4 days w.e.f Tuesday. no choice - have to offline (unplugged and unblogged). just leave your comments. and please do revision...bacalah mana-mana posting/artikel yang ada dalam blog ni.
---

6 comments:

Anonymous said...

tuan, terimas. tersentak membaca/memikirkan perkara ini.

TH said...

Persoalan menarik. Namun saya tak mahu fikir persoalan itu kerana itu tugas orang hidup. Bila kita mati, pandai-pandai la orang hidup uruskan. orang mati tak pernah 'complaint' pun setakat ni.

choclate said...

betul gak apa yang awak ckp kan tu..
kalau x baik ngan jiran,kwn2 or adik beradik sape lah kan..so moral of the story dlm kehidupan ini penting nya persahabatan

tajudin said...

anon, sama-sama.

tajudin said...

TH, kah kah kah kalau orang hidup nak gali kubur cuma 2 kaki dalam je, pun yang orang mati mana boleh komplen kan kan...

tajudin said...

choclate, ye setuju lebih dari 100%