Friday, August 29, 2008

Majlis FATWA Negeri Johor

Orang Johor memang biasa buat benda ni, lebih-lebih lagi bulan Syaaban, depa pakat-pakat gotong-royong (baguih la tu) lepas tu depa pakat ikat/letak kain putih ni.
.
Fatwa Johor dah keluar.

---

MAKLUMAN TERKINI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Fatwa Negeri Johor telah menyatakan bahawa kain putih adalah dilarang untuk diletakkan di batu nisan bagi setiap kubur atau makam di kawasan perkuburan Islam seluruh Negeri Johor.

---

Teringat Fatwa ini terus teringat satu ceramah di masjid baru-baru ini yang mengatakan hal ini tiada dalam Islam. Penceramah itu (saya lupa namanya) bercerita >>> la ni (bulan Syaaban) banyak gotong royong bersih kubur dan kain putih dililit pada batu nisan.
.
Ustaz ini pernah bertanya kat beberapa orang tua terlibat >>> awat lilit dengan kain putih?
.
Orang yang ditanya menjawab >>> dah orang dulu buat Ustaz, kita pun buat ikut je la...
.
Ustaz >>> tak boleh la macam tu pakcik, tak boleh ikut-ikut. kalau orang dulu letak batang pisang atas batu nisan, kita ikut jugak ke...?
.
Kemudian Ustaz tu pun terangkan keadaan yang sebenar. Batu nisan ada dua, kubur banyak, berlaku pembaziran, ada eloknya kain-kain itu disedekahkan kepada yang lebih memerlukan daripada dibiarkan reput atas batu nisan.

2 comments:

Anonymous said...

Untuk makluman, saya nampak amalan macam ni dibuat jugak di perkuburan sekitar daerak Kuching, Sarawak. Saya berhasrat untuk kemukankan hal ini kpd Ustaz yang rapat dengan saya, insha Allah,

tajudin said...

Yang mana elok tu, sampai-sampaikan.