Saturday, May 31, 2008

Istana dan Daulat Raja

Two different stories (from different countries) on the same institution >> but not in Malaysia.



From Utusan Online 1




Hina raja: Menteri Thai letak jawatan
BANGKOK 30 Mei - Seorang menteri Thailand yang dituduh menghina Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej mengumumkan peletakan jawatannya hari ini untuk meredakan ketegangan politik selepas timbul khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera.
Khabar angin tersebut tersebar di ibu negara Thai ini sejak beberapa hari lalu apabila tentera dan parti pembangkang memperhebatkan kecaman ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jakrapob Penkair.
"Khabar angin itu meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri (Samak Sundaravej) dan menjadi faktor utama di sebalik peletakan jawatan saya.
"Saya berharap desas-desus mengenai rampasan kuasa tentera akan lenyap selepas saya meletakkan jawatan," kata Jakrapob.
Beliau menegaskan, beliau tidak pernah berniat untuk menghina Raja Bhumibol dan akan membuktikan beliau tidak bersalah menerusi proses keadilan.
Peletakan jawatan itu berlaku menjelang rapat umum antikerajaan anjuran Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) malam ini.
TindakanPenunjuk perasaan itu antara lain menuntut tindakan diambil ke atas Jakrapob.
Tentera sangat setia kepada raja dan sebarang kenyataan yang dilihat sebagai menghina raja pernah digunakan sebagai alasan untuk merampas kuasa.
"Tiada askar yang mahu melancarkan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan, tetapi saya tidak boleh memberi jaminan tidak akan ada lagi rampasan kuasa," kata Panglima Tentera Thai, Jeneral Boonsang Niempradit semalam sambil menggesa Jakrapob meletakkan jawatan.
Jakrapob yang merupakan sekutu rapat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra akan dipanggil minggu depan untuk mendengar tuduhan terhadap dirinya, kata polis.
Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Adisorn Nonsee berkata, pihak berkuasa mempunyai bukti jelas bahawa Jakrapob melemparkan penghinaan terhadap raja dalam satu ucapan pada Ogos 2007.
- AP




From Utusan Online 2




Nepal mula audit harta istana
KATHMANDU 30 Mei - Kerajaan Nepal memulakan audit terhadap harta istana berikutan pemansuhan monarki kelmarin dan secara rasmi memberi 'dewa raja' Hindu, Raja Gyanendra tempoh dua minggu untuk mengosongkan istana.
Seluruh perhatian kini tertumpu kepada Gyanendra yang belum mengeluarkan sebarang kenyataan dari istana Narayanhiti di sini, sekalipun bendera diraja telah diturunkan di kompleks yang dikawal ketat itu.
"Sepucuk surat rasmi telah dihantar oleh kerajaan untuk meminta Gyanendra Shah mengosongkan istana," kata Menteri Penerangan, Krishna Bahadur Mahara hari ini.
Sebuah jawatankuasa peringkat tinggi telah ditubuhkan untuk mengaudit harta di dalam istana dan semua harta berkenaan akan dijadikan milik negara, tambah beliau.
Istana raja itu akan ditukar menjadi sebuah muzium.
Kira-kira 1,500 askar mengawal bekas raja itu tetapi tentera Nepal yang dilihat sebagai benteng pertahanan kerabat diraja memberi jaminan akan mematuhi keputusan kerajaan.
Istana dan jalan sekitarnya dikawal ketat oleh polis antirusuhan.
Demonstrasi diharamkan tetapi penduduk yang meraikan status baru Nepal sebaAgai sebuah republik bertempur dengan polis semalam di jalan menghala ke istana.
Khabar angin tersebar di sini sejak beberapa minggu lalu mengenai rancangan Gyanendra.
Setiap perjalanan beliau keluar dari istana dalam beberapa hari lepas termasuk kunjungan hujung minggu ke kediaman percutiannya dan ke rumah saudara perempuannya diperhatikan dengan penuh debaran.
Sementara itu, reaksi antarabangsa terhadap pemansuhan monarki tertumpu kepada seruan supaya kerajaan Nepal menamatkan perbalahan politik yang berlarutan dan berusaha untuk mengatasi masalah kemiskinan di negara ini.
Sungguhpun Amerika Syarikat (AS) belum bersedia untuk menggugurkan Parti Komunis Mao daripada senarai pertubuhan pengganas, Washington telah menarik balik dasarnya sebelum ini untuk tidak berunding dengan pemimpin kumpulan itu.
Britain yang merupakan bekas penjajah negara ini menyampaikan ucapan tahniah selepas sidang pertama Dewan Perlembagaan kelmarin.
Menteri Luar, Mark Malloch Brown menyifatkan perkembangan itu "sebagai satu lagi langkah ke arah masa depan yang demokratik dan stabil, yang sewajarnya dikecapi rakyat Nepal."
- AFP




just a friendly reminder, some of us here are lucky -- and yes, you're still lucky, of late (no matter what position you hold - No.1 or No. 1,000 - pro-Gov or pro-Ops). pls don't go overboard (unless you want to abondon ship). and, don't overdose too (you tend to disturb others).


di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

..&..

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


(ha ha ha jangan ingat itu Karam Singh Walia je boleh bagi peribahasa...)

No comments: