Tuesday, May 20, 2008

syabas SYABAS!

peh! operasi potong air "kaw-kaw" punya di KL dan Selangor. pi cepat bayar bil! bayar advance pun tak pe kot....


syabas SYABAS, & diharap tolong jangan datang rumah saya ye....

orang orang Cheras, orang Ampang, orang Gombak, hangpa semua OK lah kalau kena potong -- Sungai Congkak & Ulu Yam dekat je...






KENYATAAN MEDIA : OPERASI PEMOTONGAN BEKALAN AIR BAGI AKAUN BIL AIR YANG TERTUNGGAK DI WILAYAH KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA SELANGOR DAN GOMBAK
OPERASI PEMOTONGAN BEKALAN AIR BAGI AKAUN BIL AIR YANG TERTUNGGAK DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN HULU SELANGOR

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd ( SYABAS ) Wilayah Kuala Lumpur dan Hulu Selangor sedang mengadakan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil air yang tertunggak secara besar-besaran pada bulan Mei 2008. Kawasan-kawasan yang terlibat dengan operasi pemotongan ini adalah :

WILAYAH KUALA LUMPUR1) 5 Mei 2008 hingga 10 Mei 2008 Bangsar, Bukit Persekutuan, Damansara, Taman Tunku, Jalan Ampang, Jalan Berangan, Jalan Gandek, Jalan Gurney, Jalan Hicks, Jalan Imbi, Jalan Padang Walter Grenier, Jalan Ipoh, Jalan Kolam Air, Jalan Meranti, Jalan Merlimau, Jalan Pahang, Jalan Petaling, Jalan Pudu, Jalan Hang Jebat, Jalan Raja Laut, Jalan Semarak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Duta, Jalan Kuching, Jalan San Peng, Kampung Baru, Lorong Haji Taib, Segambut, Sentul dan Sri Hartamas.2) 12 Mei 2008 hingga 16 Mei 2008 Bukit Permai, Desa Pandan, Jalan Cochrane, Kampung Pandan, Pandan Indah, Pandan Jaya, Pandan Mewah, Sri Angsana Hilir, Taman Muda, Taman Ampang Hilir, Taman Bukit Teratai, Taman Cempaka, Taman Cheras Indah, Taman Dagang, Taman Kencana, Taman Komersial, Taman Maluri, Taman Mawar, Taman Mega, Taman Melor, Taman Nirwana, Taman Pertama, Taman Putra, Taman Saga, Taman Seraya, Taman Shamelin dan Taman Miharja.2) 19 Mei 2008 hingga 24 Mei 2008Taman Segar, Taman Cheras, Taman Billion, Taman Ikan Emas, Alam Jaya, Cuepacs, Taman Masria, Taman Supreme, Taman Connought, Taman Mutiara, Taman Len Sen, Desa Aman, Taman Rajawali, Cheras Hartamas, Taman Midah, Taman Rakyat, Taman Bahtera, Taman Cheras Permata, Taman Wangsa, Cheras Awana, Kampung Cheras Baru, Taman Sunway, Taman Mudun, Taman Tenaga, Taman Bukit Pandan.3) 26 Mei 2008 hingga 31 Mei 2008 Alam Damai, Cheras Utama, Taman Bukit Angsana, Bandar Damai Perdana, Taman Minang, Desa Tun Razak, Taman Anggerik, Taman Dahlia, Taman Delima, Taman Taynton View, Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Loke Yew, Chan Sow Lin, Desa Baiduri, Taman Orkid Desa, Taman Minang Ria, Desa Bukit Cahaya, Taman Bukit Hijau, Taman Mulia dan Salak South.

WILAYAH HULU SELANGOR1) 5 Mei 2008 hingga 31 Mei 2008Kuang, Kundang, Tasik Puteri, Bandar Rawang, Serendah, Sungai Buaya, Batang Kali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Sungai Choh

WILAYAH KUALA SELANGOR 2) 12 Mei 2008 hingga 16 Mei 2008 Kawasan Pasir Penambang, Kampung Ujung Permatang, Batu 5 hingga Batu 6 ½ Tanjung Karang, Jalan Bagan Pasir , Kampung Sungai Yu, Taman Damai Dua, Ulu Seri Tiram Jaya, Sungai Gulang-Gulang, Taman Suria Indah, Sungai Tenggi Kanan dan Kiri, Jalan Sungai Kajang, Rumah Murah Jalan Bomba, Bagan Tengkorak, Jalan Jepun, Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut, Parit Empat Sungai Burong, Sungai Burong Laut dan Sawah Sempadan.1) 20 Mei 2008 hingga 23 Mei 2008Puncak Alam, Cakera Purnama, Lorong Naluri Sukma, Az-Zaharah, Taman Industri Alam Jaya, Desa Coalfield, Taman Sri Pristana, Taman Kasawari Bukit Rotan, Taman Kris, Taman Koperasi Bena, Rumah Murah Ijok, Jalan Bukit Robinson dan Jalan Rukun Ijok.2) 26 Mei 2008 hingga 30 Mei 2008Taman Kuala Selangor Utama, Teluk Piah, Jalan Rawang, Sungai Rambai Batang Berjuntai, Taman Kilauan, Taman Suria, Taman Pancaran, Jalan Merdeka, Kampung Sentosa, Pekan Batang Berjuntai, Sungai Darah, Rantau Panjang, Taman Sinaran Bulan, Berjuntai Tin, Ladang Tenamaram, Kampung Sri Makmor, Kampung Raja Musa dan Bukit Belimbing.

WILAYAH GOMBAK Pada setiap 1 haribulan sehingga 15 haribulan, kawasan yang terlibat adalah di Zon Kepong, iaitu :Sepanjang Jalan Gombak, Kampung Padang Balang, Taman Pelangi, Kampung Changkat, Kampung Simpang Tiga, Taman Kamariah, Taman Kenangan, Kampung Kerdas, Kampung Sungai Cincin, Kampung Sungai Pusu, Taman Berlian, Taman Gombak, Taman Desa Minang, Taman Greenwood, Taman Melewar, Kampung Nakhoda, Kampung Sungai Tua Baru, Kampung Selayang Baru, Bandar Baru Selayang, Taman Wilayah, Jinjang Utara dan Selatan, Taman Ehsan, Taman Bukit Maluri, Bandar Sri Damansara dan kawasan-kawasan di sekitarnya.Manakala pada setiap 15 haribulan sehingga 30 haribulan, kawasan yang terlibat adalah di Zon Ampang, iaitu : Kampung Tasek Tambahan, Tasek Permai, Taman Mulia Jaya, Kampung Ampang Indah, Kampung Indah Mulia, Kampung Ampang Campuran, Lembah Jaya, Taman Dagang, Taman Saujana Ampang, Taman Kesuma, Taman Watan, Bandar Baru Ampang, Taman Cahaya, Taman Ampang Mewah, Ampang Utama, Taman Kosas, Kampung Melayu Ampang, Taman Datok Ahmad Razali, Taman Sri Keramat, Lembah Keramat AU5, Taman Setiawangsa dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk membuat pembayaran bil air dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air. Sekiranya pemotongan telah dilakukan, kos pemotongan dan penyambungan semula sebanyak RM 50 akan dikenakan sebelum penyambungan semula bekalan dibuat. Caj-caj yang dikenakan kepada pihak pengadu tersebut bukanlah merupakan suatu denda atau penalti. Caj-caj ini adalah caj tetap perkhidmatan yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu

Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai sehingga kini. Pembayaran bil boleh dilakukan melalui Internet malahan di kaunter pejabat Wilayah SYABAS; kaunter bukan bank seperti pejabat pos, TNB, Telekom, DBKL, MPPJ, MPKlang ; pembayaran melalui 5 kaunter bank di MBF, Bank Simpanan Nasional, Bank Simpanan Nasional, Ambank, Citibank Berhad, Bank Islam, CIMB Bank dan lain-lain; melalui kemudahan ATM dan terbaru pembayaran melalui cara khidmat pesanan ringkas. Selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna, SYABAS juga telah menyediakan kemudahan penyemakan bil secara online melalui laman web SYABAS, iaitu www.syabas.com.my. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melawat laman web SYABAS atau menghubungi SYABAS melalui talian bebas tol PUSPEL 1-800-88-5252 atau hantarkan sms ke 39222 dengan menaip : PUSPEL.

Sekian, harap maklum.

Abdul Halem Hj Mat Som

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam

Sumber Berita Dari : SHIMA, PENOLONG PENGURUS PERHUBUNGAN MEDIA

No comments: