Sunday, May 18, 2008

Utusan Melayu, Tulisan Jawi dan Kita


Tulisan Jawi.


Nasib.


Masa depan.


Strategi Pasaran. Saya rasa ada logik juga diulasnya oleh MB tentang strategi pasaran akhbar Utusan Melayu Mingguan -- perlu di upgrade, dimantapkan dan diselaraskan akan segala strategi.


Saya boleh membaca Jawi (lancar, bukan jenis merangkak-rangkak, tapi bukanlah seperti orang TV3 baca berita). Begitu juga anak-anak saya dan seluruh keluarga saya. Saya yakin ramai lagi yang boleh membaca Jawi, kalau tak lancar pun, merangkak-rangkak pun ok, jadilah. Seluruh murid/pelajar di bawah seliaan JAIS memang boleh membaca Jawi. Seluruh pelajar dan mereka yang dahulunya belajar di Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, boleh membaca Jawi. Kalau nak kira potensi -- memang besar.

Tapi kami (saya dan kaum keluarga) tidak membeli pun akhbar Utusan Melayu ini.

Kenapa? Entah, saya tak pasti. Bahkan, saya tak perasan pulak Utusan Melayu ini ada dijual di sini. Oleh itu, saya tidak tahu berapa harganya, berapa tebalnya dan apakah pembaharuan yang dibuat.

Dahulu (lama dah) saya ada membeli Utusan Melayu (Jawi). Komen saya, waktu itu ialah, (1) ceritanya kurang menarik (tak mengancam!), (2) kertasnya "macam" gred B berbanding Utusan Malaysia, (3) susunan kandungannya dan warnanya, terjatuh gred B (3) kualiti gambar atau kuantiti gambar, kurang (tidak banyak).

Katakan....Katakanlah... katakan kita memang tak tau baca JAWI dan tak tau baca akhbar Cina (atau Tamil Nesan, for that matter) -- kalau diberi 2 akhbar (1) Utusan Melayu (Jawi) dan yang kedua (2) Sin Chew Jit Poh, saya yakin ramai yang "belek" SCJP!!

Tak caya, pi tengok bila orang Melayu/India tunggu servis kereta kat workshop orang Cina.

(Saya harap orang Utusan jangan marah saya apa yang saya tulih ni. Dan saya juga tak harapkan orang Utusan hantar satu naskah Utusan Melayu ke rumah saya setiap minggu. Setakat hari ini, saya hanya membaca Jawi dari buku teks JAIS anak-anak saya. Bolehlah, kalau tak baca langsung nanti, terus luput skill...)

---

>>

Akhbar Utusan Online - Tulisan Jawi


Utusan Melayu Mingguan boleh berkembang
SHAH ALAM 17 Mei – Akhbar jawi tunggal di negara ini, Utusan Melayu Mingguan boleh ditingkatkan pengeluarannya melalui strategi pemasaran yang berkesan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, amat mendukacitakan jika Utusan Melayu Mingguan terpaksa ‘berkubur’ sedangkan akhbar berbahasa Mandarin dan Tamil terus mendapat tempat di kalangan pembaca Cina dan India walaupun 60 peratus penduduk negara ini ialah orang Melayu.
Beliau menarik perhatian sekurang-kurangnya tiga akhbar utama berbahasa Tamil di negara ini masih mampu bertahan walaupun jumlah kaum India hanya meliputi kira-kira 10 peratus.
“Untuk meneruskan kelangsungan hidup akhbar jawi bergantung kepada jumlah pembaca.
“Saya tidak rasa ia mustahil dilakukan, iaitu dengan strategi pemasaran yang berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemampuan akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk terus bertahan berikutan jumlah pembaca yang boleh menguasai tulisan jawi semakin berkurangan.

>>

---

Teringat di U dulu, saya ada rakan & lecturer yang mengambil nota dalam tulisan Jawi (cepat, ringkas). Saya memang berasa bangga (berbesar hati, bukan riak) boleh menulis/membaca Jawi. Bahkan tandatangan saya juga dalam tulisan jawi TA, ALIF, JIM, ALIF, LAM, DAL, YA, NUN. Tulisan Jawi adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Fikirkanlah strategi yang terbaik.

Semasa saya makan gaji dahulu, office-mates saya (orang Cina) mengaku yang depa tidak tahu membaca SCJP dan akhbar bahasa Cina. Ya, saya kesian (sayang) melihat keadaan itu. Pada masa yang sama, saya juga bangga, melihat ada rakan2 Melayu saya yang boleh membaca/berbahasa Cina.

Hah! Kepada muda mudi yang sedang bercinta, yang tengah asyik masyuk tu, cuba hantar surat cinta anda dalam tulisan JAWI!

Yahoooooo, korang kena cuba buat tu....

No comments: