Friday, May 16, 2008

ONE Is Enough

but, 4 is better huh? (dari cerita Mohamed Nor Awang, 57). read this Harian Metro online






‘Apa ilmu kamu pakai’


Oleh Haneeyzah Bariah Baharinam@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing.“Justeru, kami berpakat membenarkan suami berkahwin lagi bagi mengelak berlaku maksiat atau kahwin lari berikutan kedua-dua pihak saling menyukai antara satu sama lain,” katanya.
Semalam, tiga wanita berkenaan hadir di mahkamah menemani suami mereka memohon kebenaran mengahwini seorang kerani, Suzi Sulong, 34, sebagai isteri keempat pada majlis yang dijadualkan di sini, 23 Mei ini.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor mengemukakan alasan kukuh sebelum permohonannya dipertimbangkan walaupun dipersetujui tiga isterinya.Menurut Shaikh Ahmad, mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan Mohamed Nor yang mempunyai 18 anak berkahwin empat kerana tidak mengemukakan alasan kukuh selain berpendapatan rendah yang dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil.Selain itu, beliau mengarahkan pemohon mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin lagi, buku bank serta membawa wali dan bakal isteri ke mahkamah, Ahad ini, sebelum membuat keputusan sama ada permohonan itu dibenarkan atau sebaliknya.Katanya, beliau juga pelik kerana ketiga-tiga isteri pemohon bersungguh-sungguh membantu suami membuat permohonan itu, malah memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami mereka berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor sebagai pemandu lori hanya RM1,500 sebulan.“Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan itu kerana pemohon tidak berkemampuan dari segi kewangan selain usia lanjut.“Bagaimanapun, ketiga-tiga isteri memberi izin dan meminta mahkamah membenarkan permohonan itu.“Oleh itu, mahkamah memberi peluang dan mengarahkan pemohon mengemukakan alasan kukuh, membawa buku bank sebagai bukti memiliki simpanan mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan membawa wali bersama bakal isteri untuk dipastikan persetujuannya sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.“Sepanjang saya bekerja (sebagai hakim syariah), ini kali pertama saya berdepan kes tiga isteri bersetuju tanpa syarat membenarkan permohonan suami berkahwin satu lagi, Malah, isteri pula yang bersungguh-sungguh memohon kebenaran mahkamah untuk suami berkahwin empat.“Mungkinkah Mohamed Nor mengamalkan ilmu tertentu? Saya tidak dapat meluluskan permohonan itu hari ini kerana memerlukan afidavit tambahan dengan alasan munasabah mengapa perlu berkahwin lagi sedangkan sudah ada tiga isteri dan 18 anak yang memerlukan tanggungjawab dan tanggungan besar,” katanya.Terdahulu, pada awal prosiding, Shaikh Ahmad turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan bulanan yang diagihkan pemohon kepada ketiga-tiga isteri yang masing-masing mempunyai sembilan anak (isteri pertama), isteri kedua (empat anak) dan isteri ketiga (lima anak) yang disifatkan tidak adil berikutan isteri kedua dan ketiga bekerja.Difahamkan, bakal isteri pemohon kenalan kepada tiga isterinya dan beberapa kali putus cinta sebelum menerima lamaran pemohon.Mahkamah menetapkan Ahad ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.


__

Pagi tadi, saya fetch sahabat baik saya, baru tiba dari Kuala Terengganu, sama-sama makan pagi dan hantar dia ke hotel, kerana ada business meeting 2 hari di Shah Alam/KL.

Baru nak masuk je kereta saya, dia ketawa kerana nampak sepasang kasut perempuan (saya baru perasan, kasut isteri saya la tu..) kat seat depan, sahabat saya kata -- tengok, your wife punya pandai...!!! kasut betul2 letak kat depan ni..

Kami pun ketawa *<&^%$ !!

2 comments:

MsPea said...

same as me., I akan letak kasut i kat passenger seat depan dalam kereta tunang i. lagi tinggi tumit kasut tu lagi baik.. hehehe., only the smart one knows how to teach the smart ones.. betul ke?

tajudin said...

ooooo.

benda2 macam ni ada belajar kat kelas mana ye?