Friday, May 30, 2008

Selamat Datang Tuan Viagra (sajak)

(gambar viagra - pfizer)







SELAMAT DATANG TUAN VIAGRA

Berjuta bercerita baiknya
Semuanya baik, tiada yang buruk
Orang tua yang berjiwa muda
Tuan-Tuan yang mulai kacak
Lelaki yang kerap kelemahan, terdampar
Yang dungu, yang keliru, yang buat-buat keliru
Yang beristeri satu dan yang berbini tiga
Yang bujang dan yang sentiasa mahu terlajak
Dan juga perempuan yang sudah lama kerinduan, memendam

Semuanya menanti sabar akan kehadirannya
Semuanya sabar menanti
Ubat ramuan yang paling mujarab
Untuk menyambung cinta yang layu
Dan terkulai

Selamat datang ke dunia
Selamat lahir ke dunia
Wahai Tuan Viagra
Pantang lelaki menyerah kalah

-tajmosa-
(1998-viagra lahir)









2 comments:

amy said...

din, sajak yang baik.

seram sejuk membacanya.

tajudin said...

thanks.

janganlah seram...bukan ada apa pun.., baca le macam biasa je...