___Ibu bapa perlu dedahkan anak-anak tentang ilmu pertanian - Jeanne
19/08/2008 5:48pm
MELAKA 19 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah meminta golongan ibu bapa agar membuat pendedahan awal kepada anak-anak mengenai ilmu pertanian dalam usaha menarik minat golongan muda menguasai bidang tersebut.
Menurutnya, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan atau program pertanian supaya bidang itu tidak dianggap perkara asing kepada mereka apabila dewasa kelak.
``Selain membantu kerajaan dalam menjayakan program pertanian, usaha ini sekali gus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak,'' katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan Program Bumi Hijau peringkat negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini hari ini.
Program itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman.
Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh Perdana Menteri bulan lalu bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bercucuk tanam dan menternak sendiri ikan, ayam dan itik bagi kegunaan sendiri sebagai usaha mengurangkan kesan kenaikan harga makanan baru-baru ini.
- Utusan
Tak berguna
4 hours ago
2 comments:
pemaju mana tu yang nak bagi peruntuk 1-5 ekar ke persatuan penduduk?
diaorang rampas lagi tanah padang/lapang ada lah.
itu cuma usul dan cadangan saya je. dah isteri PM sendiri bagi usul untuk orang mulai ternak/tanam sendiri, maka saya pun tumpang sekaki menyokong mana yang baik.
kalau tak boleh pakai, tendang je ke tepi.
Post a Comment