Thursday, January 22, 2009

cili, lada, cabai

January 21, 2009 13:11 PM
Nestle Rancang Ladang Baru Dapat Bekalan Cili Mencukupi
PASIR PUTEH, 21 Jan (Bernama) -- Nestle (M) Bhd merancang kemungkinan membuka ladang baharu di Pantai Barat seperti Johor dan Melaka, dalam usaha mendapatkan bekalan antara 600 dan 800 metrik tan cili segar.Pegawai Pertanian syarikat berkenaan Yong Lee Kheng berkata bekalan itu untuk menampung keperluan kilangnya di Petaling Jaya yang memerlukan bahan mentah terbabit bagi pengeluaran produk sos cili yang kini mendapat permintaan yang semakin tinggi."Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh menerusi perjanjian ladang kontrak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.Beliau berkata pihaknya tidak mahu terlalu bergantung kepada bekalan daripada PPK semata-mata kerana Kelantan mengalami bencana banjir setiap tahun yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran bekalan yang diperlukan oleh syarikat itu.Yong berkata sepanjang tahun lepas, daripada 400 metrik yang diperlukan, hanya 257 metrik sahaja dapat dipenuhi akibat bencana alam itu.Beliau berkata berdasarkan hakikat itu pihaknya kemungkinan tidak akan menambah jumlah kuota yang sedia ada kerana pihaknya tidak mahu terus menanggung risiko yang akan merugikan syarikat dalam jangka panjang.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan, Salim Sulaiman ketika ditemui berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan masalah itu menerusi kaedah penanaman fertigasi yang dapat mengurangkan taburan hujan ke atas pokok cili.Beliau berkata LPP akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM1.56 juta yang diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk menggalak petani yang berpengalaman menggunakan teknologi penanaman fertigasi.-- BERNAMA

***

--- A fren of mine fr advertising co. sure agree if i say that this is a real PR job to capture good publicity --- sending/creating subliminal message to public -- in other words --- pls exclude us from the list.

2 comments:

Anonymous said...

blog ni pun byk juga guna subliminal mesej, jgn marah tuan. jgn ambik hati. keep blogging. blog yg bagus

(selalu baca, baru ni komen)

tajudin said...

tq, nak baca selalu pun ok, nak komen selalu pun boleh.