Friday, January 16, 2009

sahabat yang perlukan doa kita & sumbangan...

Selepas saya pos artikel on mendoakan sahabat, saya terima tiga email perkara yang sama berkaitan dengan sahabat lama kami. Copy & paste here. Ianya diemail oleh rakan-rakan yang ada Facebook (i don't have facebook -- yang i ada ialah blog ini sahaja).
--

1) 25 Dec 08, Facebook Assalamualaikum w.b.t.
Semalam 24 Dec, saya bersama-sama Sdr.Ehary dan Sdr.Mukhsin telah melawat bekas pelajar, Helmi Yazrina SPM 92 di wad perubatan perempuan, Hospital Sultanah Aminah, JB. Beliau menghidap penyakit buah pinggang dan kini telah menjalani rawatan dialysis selama 4 tahun akibat kesan penyakit kencing manis. Masalah yang dihadapi beliau sekarang adalah tapak salur darah di tangan kiri tidak berfungsi. Beliau akan menjalani pembedahan membina tapak salur darah yang baru pada 27 Dec ini di Klinik Pakar Plastik Anga di JB. Beliau sudah tidak bekerja dan kos dialysis ditanggung oleh Baitulmal. Kos pembedahan 27 Dec ini tidak ditanggung oleh pihak hospital atau Baitulmal.
Kehadiran kami mewakili alumni SAMURA sedikit sebanyak memberi harapan kepada beliau untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala. Perbincangan kami berkisar pada 3 topik utama iaitu perbelanjaan perubatan yang tidak ditanggung oleh Baitulmal dan hospital, rayuan SOCSO yang ditolak dan masalah mencari pekerjaan.
Terima kasih juga pada Sh.Nurjehan kerana memberi maklumat kepada Sdr.Ehary yang seterusnya menghasilkan pertemuan ringkas ini.
Sebarang pertanyaan atau cadangan supaya alumni SAMURA dapat membantu Yazrina bolehlah diajukan di facebook ini atau terus email pada saya.
Sekian, terima kasih.
Dr.Abdul Razak Ahmad.
--
2) 15 Jan 09, Facebook Assalamualaikum.
Melalui maklumat sms yang diterima, Helmi Yazrina telah dimasukkan sekali lagi ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Kali ini beliau dimasukkan atas sebab pendarahan yang banyak pada tempat salur darah di bahu kiri. Beliau telah dikejarkan ke Klinik Pakar Plastik Anga sebelum itu untuk menghentikan pendarahan.
Kunjungan kami mewakili Alumni SAMURA pada 13 Januari begitu tersentuh dengan kehidupan yang beliau alami sekarang. Kos pembedahan yang pertama telah disumbangkan oleh batch 92 dan kos pembedahan untuk menghentikan pendarahan telah ditanggung oleh beliau sendiri. Anggaran kami sepanjang 2 minggu dari tarikh wakil alumni SAMURA mengunjuungi bleiau pada 24 Dec, kos rawatan termasuk pembedahan telah mencecah RM5000.
Kepada rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muar yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian ke akaun Maybank Helmi Yazrina bt. Yasin, 101011663994.
Serkian, terima kasih.
Dr.Abdul Razak Ahmad.Bendahari Alumni SAMURA.
---

No comments: