Friday, January 2, 2009

elect-electron-electric-electricity-electrocuted

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
.
Ceritanya...Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.
.
Semasa demo diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. “Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Dan, sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka Thomas mencipta sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.
(kredit kepada blogroll xpvsvista)
---
a friend of mine put this as tagline
-- "if electricity comes from electrons, then morality comes from morons!"

6 comments:

Mr.RHishaM said...

aku cam percaya jer citer ni. Coz jln cerita dia buatkan aku percaya :)

ado so' lagi citer Bro.

tau tak asal usul perkataan kite'?

citer dia camni lah lebih kurang. time zaman british dulu, maka nak dijadikan cerita, ada satu mat saleh ni nampak orang tengah jolok layang - layang kat atas pokok.

mat saleh tanya, vat is that? sambil tangan dia tunjuk kat atas pokok.

orang kampong, tengah KAIT layang - layang. sambil tunjuk ke atas jugak.

mat saleh, OOOOO. dat's KITE

tajudin said...

ok juga citer mu ni sham. boleh buat buku sejarah...

amy said...

klau mcm tu perkataan KERAJAAN dr perkataan apa yek???

jgn mare.......

tajudin said...

amy, ha ha ha (tak mau jawab)

Uncle said...

Bro, klaka, klaka...terbahak2 aku ketawa...

And thanks for the mention of the tagline, walaupun kau tak letak nama aku for it...hehehehe!

Btw, have you tried googling your name?

tajudin said...

Uncle, ketawa kalau lawak. Patutnya famili Kulup Kalimantang dibayar royalti hingga kiamat.

Kita sendiri tahu.

Yo...Ah ha!???