Tuesday, January 6, 2009

Menentang KEZALIMAN Yahudi/Israel

Sabda Nabi s.aw. -- Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Maka mereka pun ditumpas oleh kaum Muslim... -- Hadis riwayat Muslim.
.
Yakinlah dengan Sabda Nabi ini. Banyak lagi hadis Nabi yang memperlihatkan Sabda Nabi bukan sekadar ramalan atau kata-kata. Salah satunya -- Ketika dalam perjalanan Hijrah, Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. telah dikesan oleh seorang panglima Quraisy bernama Suraqah bin Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Nabi dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Nabi, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku. Lalu Nabi mendakwahnya dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam. Bayangkan, masa itu Nabi baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia yang kuat bagai langit dengan bumi. Kata-kata Nabi benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab r.a. Saidina Umar r.a. dengan linangan airmata kegembiraan dan sangat terharu bahawa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik, dan berkata -- Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (Maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
.
---
Banyak cara membantu rakyat Palestin.

Teruskan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan saudara kita di Palestin daripada kezaliman Yahudi/Israel.
.
Khutbah Negeri Selangor hari Jumaat ini akan menumpu kepada Palestin dan kezaliman Yahudi/Israel dan Qunut Nazilah, InsyaAllah.
.
Boikot. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan BOIKOT barangan syarikat yang berkaitan dengan Yahudi klik SINI.

Sumbangan/Show of Support. Aman Palestin akan adakan "Rapat Umum Selamatkan Gaza" di Stadium Melawati Shah Alam Sabtu 10 Januari 2009 10am-12noon.
.
Marilah kita melaksanakannya/menyokongnya/menyumbang sebagai komitmen kita menentang kezaliman Yahudi/Israel.
.

12 comments:

ahlimijan said...

ngape tak de Phillip Morris dalam senarai Produk tu..ke aku yang tak nampak. Phillp Morris tu sumbang 10% kpd Israel

Anonymous said...

u draf khutbah jumaat ke?

tajudin said...

pak im, syabas kepada KRJ.

kepada perokok (terutama yang tahap tegar) - sumbangan anda itu telah menyiksa saudara kita.

tajudin said...

amy, dak eh.

draft benda lain boleh la...

Anonymous said...

harap ramai yang menyokong usaha mcm ni. terutama umat Islam sendiri.

setuju dgn pak im. ROKOK tu kasi boikot dulu.

kak ram

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam,
marilah kita sama-sama mengutuk peperangan...copy the URL poster in your blog
http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg

PAKLAN
http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html
http://jalakmas.blogspot.com/2009/01/photo-stop-war.html

Anonymous said...

good job. usaha yang baik dan perlu disambut.

SAHABAT PALESTIN

tajudin said...

kak ram, setuju dengan kak ram.

Alhamdulillah, i don't smoke.

tajudin said...

fadzlan, thank you. yang ada bakat seni, sumbangkan secara berkarya/seni. yang penting mesti terlibat sama.

tajudin said...

Sahabat, kita sentiasa bersama. Don't worry.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

terima kasih sebarkan kesedaran menentang kezaliman.

nak copy gambar art (selain poster stop the war) tu boleh tapi kena add copyright name+link jer..tak hebat pun painting..saya budak baru belajar..

salam perkenalan
FADZLAN
http://papan9.blogspot.com
http://jalakmas.blogspot.com/

tajudin said...

fadzlan, noted. tq OK.
teruskan painting yang menarik.