Wednesday, June 11, 2008

AL-FATIHAH

Minta jasabaik pembaca Muslim di blog ini bersama hadiahkan Al-Fatihah khas kepada Allahyarham Pak Sedara saya, Long Rahman, yang meninggal tengahari tadi.
Semasa hidupnya, Long Rahman suka benar bergurau dan berjenaka, sentiasa ada senyuman di bibirnya, hampir tidak pernah saya lihat dia marah. Dia suka bercerita. Duduk sahaja dengannya, mesti ada pengalaman dan petua yang akan dikongsi. Yang saya ingat sangat ialah sifatnya yang rajin memberi (bersedekah) duit, dari saya kecik sampailah giliran anak saya pula (habis semua budak kecik yang ada, akan dapat duit Long, dari dulu hingga akhir hayatnya).
Takziah untuk seluruh ahli keluarga. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.