(a) buat benda berfaedah – baca buku/ulangkaji, melukis, mengaji, tolong ibubapa etc
(b) buat benda kurang berfaedah – main PS, tengok CD, berangan, tengok internet etc.
Pilihan (2) ada 2 benda yang mereka boleh buat
(a) keluar dari rumah bersama kawan-kawan – (i) pi lepak-lepak atau menimba pengalaman sendiri atau pandai-pandai jaga diri – (ii) pi seminar pembelajaran, pi kem motivasi, pi gotong royong bersihkan surau/sekolah/rumah, pi camping
atau
(b) keluar dari rumah bersama keluarga – pi ziarah kampung, pi bercuti ke Pulau Besar / Penang / Pulau Ketam atau pun Maldives.
Ye memang kesian, itu je lah pilihan bagi budak-budak sekolah zaman ini bila tiba cuti sekarang. Kira-kira – itu je lah yang ada.
Bebudak dulu camana Din, mesti ada citer baik tu?
Ha ha ha, budak2 dulu lagilah patut dikasihankan, kesiannnnn... teruk! Time cuti sekolah ni, budak-budak dulu cuma ada 1 pilihan je (wajib) iaitu >>> Pilihan 2(a)(i) sahaja. Mak bapak pun tak kisah dan tak risau. Mana kau nak pergi, pergilah. Janji makan tengahari balik dan/atau sebelum Maghrib balik.
Kalu time cuti ni (budak2 dulu), pagi lagi dah bangun dan lebih kurang je jamah breakfast (sarapan – ehh, orang Selangor/Utara tak suka kita sebut breakfast tu sebagai sarapan – bunyi macam makan sampah sarap je...)
Lepaih sarap tu, you dan kawan2 buat apa TJ?
apa lagi, aktiviti bebas la..
pi main parit le
main layang2 lah
main gasing le
main combat (tembak-tembak le..)
empang parit - tangkap (menimba) ikan keli/puyu/haruan la..
main pondok2 la -- bakar ikan, rebus/bakar ubi kayu, masak nasi
buat rumah atas pokok la
berenang kat sungai/parit la
main bolasepak lawan kampung sebelah (selagi tak gaduh la)
main galah panjang (sampai lengit, siap ada half-time tu pasai nak makan tengahari)
main guli / getah
main roundes (betul ke eja ni) oooo sakit o main ni... boleh mengamuk orang
main baling tin/kasut
lastik burung
bersihkan surau/masjid
baling buah pelam orang
tolong orang kenduri kawin (rewang) - cari kayu api, potong buloh, buat penanggah, tolong orang pegang & sembelih ayam, bersihkan bulu ayam
merasai sedikit sebanyak rambutan orang (kalau tak manis, kita tak datang lagi...)
dan, petik buah kelapa sawit, rebus dan sira dengan gula – peh makan ni sedap wooo (saya pernah cerita sedapnya makan buah kelapa sawit bersira gula ni kat anak isteri – depa tanya -- dengan kerut2 kat muka -- sedap ke?) – memang sedap, sehinggakan tuanpunya ladang sawit datang pun tak perasan....nayerrr
...
semuanya aktiviti cuti sekolah, kami rancang sendiri (dengan begitu teliti sekali) bersama kawan-kawan seperjuangan! dan, mak bapak cuma bising bila kita balik rumah – muka dah tak SEROPER (telo orang Bota Kanan) macam anak dia lagi.
untuk kembalikan zaman itu kepada anak saya (sekadarnya) saya kenalkan anak-anak dan sepupunya dengan apa itu BELANGKAS!
No comments:
Post a Comment