Monday, June 30, 2008

SMS Muar 25 Years - Jubli Perak - 26, 27 & 28 Jun 2008

Gambar-gambar persiapan Sambutan. 1983-2008. (More update later)






orang di depan tabir alumni. presiden - dato zaky (kiri sekali) tengah berbincang.



gambar sebenar sumbangan General Electric, Tanjung Agas, Muar yang dirakam tahun 1983 (company tu pun dah tak wujud di sana) . Di belakang itu adalah Sungai Muar (yang indah/permai - airnya dalam dan banyak buaya - pesan untuk mereka yang suka/rajin fly). Terasa panas dan gersangnya tanah masa itu. Pokok yang paling tinggi ketika itu ialah paras kepala lutut - sabor je la..

untuk lihat gambar terkini - klik sini


biasaklah - band boys, kena buat show, zapin, inang dan sebagainya.


saya terkejut kerana gambo atas ni digantung di bangunan /asrama sekolah. kalau boleh eloklah gambo tu diturunkan -- ye, hapuskan buli -- takde pekdah langsung.

cek nak habaq la...masa zaman abang ko ni dulu, takde gantung notis-notis ni - tiada kes buli berlaku masa zaman abang-abang sekolah dulu....


selesai majlis tahlil/yassin sempena sambutan 25 tahun. presiden turun padang tengok anak buah (Form 5) yang terlibat untuk kerja-kerja akhir persiapan.


pelajar Form 5 yang bertungkus lumus membantu persiapan.

ok selamat berjaya dalam SPM 2008.


___
.
___Ucapan Perasmian Sambutan oleh YAB MB Johor.

Arkib Utusan Online 29/6/08.

Kuasai pelbagai bahasa - MB
MUAR 28 Jun - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menggesa semua pelajar supaya menguasai pelbagai bahasa terutama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk berjaya dalam pembelajaran pelbagai mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik.Menurutnya, dalam usaha kerajaan menerapkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah, peranan bahasa lain termasuk Bahasa Melayu tidak boleh dipinggirkan malah amat perlu dikuasai.
Katanya, kepentingan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh dunia juga perlu terus dikuasai di samping menguasai bahasa lain supaya ia menjadi kelebihan kepada mereka.
"Kita tidak menafikan kepentingan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris namun para pelajar juga diharap dapat menguasai pelbagai ilmu dan bahasa lain termasuk Bahasa Melayu yang diajar kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas, di sini malam tadi.
Sambutan ulang tahun ke-25 sekolah itu turut dihadiri lebih 1,000 pelajar sekolah terbabit, pemimpin-pemimpin masyarakat serta pengetua kanan sekolah itu, Samian Sawiyo.
Abdul Ghani dalam pada itu berharap Sekolah Menengah Sains Muar yang tergolong antara 10 sekolah berasrama penuh terbaik di seluruh negara dalam mencatat keputusan peperiksaan umum supaya meneruskan kecemerlangannya melahirkan pelajar yang berkualiti.
Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan anugerah kepada 10 kakitangan sekolah berkenaan yang berkhidmat selama 25 tahun di sekolah itu dan mengumumkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf pelbagai kemudahan sekolah
.

6 comments:

D3inT said...

hope u enjoy ur revisit to samura....i'm so glad to meet u... do join the alumni's activities la.... it'll be so much exciting..

tajudin said...

yes.

best regards to all (esp to those actively involved in Jubli Perak's celebration).

amir fahmi. saylee said...

sekarang jamming samura masih hidup lagi..
maen futsal malam2.. fly pun dah x best skrang. doakan batch 26 spm 2009 berjaya!
-saylee. pujangga 3, 5 maju
SMS MUAR.

tajudin said...

amir fahmi

selamat berjaya. harap korang punya batch lagi dasat dari 2008.

& harap korang sangat gembira dan happy di sms muar!

Anonymous said...

wa..rindunye kat skolah..huhuhu rindu kwn2 batch 24, senior n junior ckgu2 terutama mak tem..hehehechaiyok budi 4 n samura!!
izzatibudi4

tajudin said...

Izzati - satu batch tua dengan the deint tu ke?