Sunday, June 15, 2008

PM Tetap Bertanding - Pertahan Jawatan Presiden

Tiada komen dari pemilik blog. Harap maklum.


Abdullah pertahan jawatan pada pemilihan UMNO Disember ini
15/06/2008 7:29pm
PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan Disember ini.
Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.
Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata, ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini. - Bernama


Pak Lah says will not step down before December
Jun 15, 08 9:05pm
Embattled premier Abdullah Ahmad Badawi said today he would not step down before December, but did not commit on whether he will contest the next general elections. - Malaysiakini



---
Aisey, sorry ah...tiba-tiba teringat lagu ni...so kena bukak komen le...
Abang-abang dan kakak-kakak boleh nyanyi lagu Hail Amir ngan Kak Uji Rashid tak? (adik-adik tak tau -- tak minat..)
(ehem, kalau Pak Lah @ Ku Li nak nyanyi pun ok, tapi kena berduet -- baru sedap - nyanyi sorang-sorang tak sedap, mesti ada back-up vokal, so berduet la - ingat, pasangan duet tak boleh orang yang sama. --- OK, ready..)


-
Uji Rashid & Hail Amir (Osman Ahmad)
Tanda Kasih

( Pompuan Nyanyi Dulu: )
Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa

( Lelaki - Suara kena garau sikit: )
Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa

( P: )
Berputus asa jangan
( L: )
Mengeluh pun jangan
( P: )
Tenangkan hati
Janji jangan lupakan
Supaya aman

( L: )Berpisah lama jangan
( P: )Berjauh pun jangan
( L: )Supaya rindu tidak jadi bebanan. Menyiksa badan

( L&P: Pegang mic sama-sama)
Hati susah jadi senang
Kenangan jika datang
Terasa kasih sama tiba menjelang
Menambah sayang

Sebab apa hati resah
Seperti orang salah
Itukah tanda kasih akan berpisah
Membawa tuah


-

2 comments:

Anonymous said...

ooo betul ke minat hail amir?

bila baca tulisan ni sambil menghayati liriknya, nak ketawa pun ada, nak gelak pun ada juga.

amy.

tajudin said...

amy, minat sikit-sikit je, teringat masa kecik2 lagu duet diaorang ni selalu dimainkan masa kenduri kawin.