Tuesday, June 17, 2008

Hanis & Hanaa

Hanis berkongsi ilmu dari Bengkel UPSR Utusan Malaysia di SIMDE yang dihadirinya hujung minggu lepas, 14-15 Jun. Penceramah menunjukkan kepada para pelajar yang agak lupa/was-was/lemah tentang sifir.
Untuk Sifir 8, mula-mula tulis
0
1
2
3
4
-
4
5
6
7
8
Kemudian tulis di sebelah nombor-nombor tersebut
0 - 8
1 - 6
2 - 4
3 - 2
4 - 0
-
4 - 8
5 - 6
6 - 4
7 - 2
8 - 0
Maka itulah jawapan bagi Sifir 8.
Kalau Sifir 9 mula-mula tulis ke bawah 1 hingga 9 di sebelah kiri & tulis berpasangan di sebelah nombor itu angka 8 ke bawah (hingga ke angka 0)
0 - 9
1 - 8
2 - 7
3 - 6
4 - 5
5 - 4
6 - 3
7 - 2
8 - 1
9 - 0
Aikkk, macam mudah je, suka jugak dengar cara mudah macam ni... dulu abah kecik-kecik takde pulak cara tu -- habis kena hafal sungguh-sungguh semua sifir 1 sampai 12....
habaq jugak kat Hanis >> hafal lagi mudah kak....
__
Hanaa balik tunjuk kertas peperiksaan pertengahan tahun.
Subjek: Akhlak
Tahun: 1
Masa: 1 jam
(abah dia ketawa besar bila dia salah jawab soalan-soalan ni... kesian Hanaa anak aku...)
Soalan 2: Kasih kepada ibu membawa ke ........
a) neraka b) syurga c) rumah
Hanaa ku sayang menjawab C.
he he he ye la kot, betul jugak, maknya ada kat rumah....
Soalan 7: Siapakah ketua dalam keluarga?
a) kakak b) abang c) bapa
oh Hanaa... dia jawab B -- abang dia Hanif yang jadi ketua dia ... (kah kah kah)
tak pe tak pe, cuba lagi lain exam..

2 comments:

amy said...

Hanaa tu kelakar orangnya, agaknya. tapi cara orang tulis cerita ni lagi kelakar.

tajudin said...

lebih kurang betui la kot...