Sunday, June 8, 2008

Benarkah PM kurang CERDIK (masa) naikkan harga PETROL?

Kawan tak mau ulas kenaikan harga minyak ini dari sudut politik. (1) kawan tak mahir sangat (read: malas..) (2) dah banyak sangat orang politik ulas. YB Dato' Mukhriz yang kawan tujukan lagu khas untuknya dulu, pun dah ulas tidak bijaknya PM. Itu orang dalam UMNO. Dalam keadaan orang UMNO/BN dan semua pengundi-pengundinya pun dah mengamuk, apalagi yang non-UMNO dan non-BN.

Dari sudut politik kawan yang dangkal ini, poin kawan cuma ada 2 je. (a) Pak Lah ingin alih sarang tebuan dari Pulau Batu Puteh (dan juga isu parti/kepimpinan) ke stesen minyak... kita kan mudah lupa.. dan (b) Strategi 78 sen ini adalah strategi makan orang - samada strategi ini akan makan tuan @ makan tuan-tuan; mahupun strategi peluru penabur -- alang-alang tersungkur, biar semua terlungkup...



Kawan juga tak mau ulas kenaikan harga ini dari sudut ekonomi. (1) kawan tak mahir sangat (read: malas...) (2) dah banyak sangat orang ekonomi ulas.


Poin saya cuma 2 je. (a) Janganlah ikut sangat teori ekonomi. Dan, janganlah suka sangat teori cuba-try-test terutama bab-bab membabitkan negara dan kehidupan rakyat keseluruhannya. Buat polisi jangan gopoh-gapah. Perhalusi. Kesan/Implikasi yang baik menyeluruh mesti untuk RAKYAT.


(b) Naikkan harga minyak bukanlah jalan penyelesaian, bahkan menzahirkan lagi banyak masalah dan kenaikkan harga seluruhnya. Kesan domino dan cause-effect kenaikan harga minyak sangatlah memberi kesan pada kesemua harga barang yang ada -- elektrik, barang makan, tambang bas, feri, bot nelayan, barang berasakan petroleum, baja, racun, roti canai, apam balik, nasi baryani, harga bayaran mengaji, tuisyen, harga lembu, harga burger & tempe, kira semualah yang ada atas tanah ni termasuk harga sagu. Implikasi naik harga minyak sangatlah tinggi dan menyeluruh. Semua terpalit dalam kesan langsung dan tak langsung hatta harga potong rambut dan potong rumput sekalipun!
Bayangkanlah, orang yang tak de kena mengena dengan petrol -- orang yang tak de motor - tak de kereta -- pun terpalit sama disebabkan harga barang-barang lain naik (lebih tinggi % nya) daripada carta graf petrol. Tengok apa jadi sekarang -- semua harga naik melambong, yang ada (harga) siling, semua berlobang/tercabut siling...nak pantau la, peniaga tak de semangat patriotik la naikkan harga (ni apa punya statement ni...) Rebet rebet ni cerita lain la.. (bunyi pun macam baru nak finalise je...)

Kesimpulan di sini, menaikkan 10 sen harga petrol bukanlah semudah menaikkan 10 sen harga buah rambutan... apalagi menaikkan hingga 70 sen - 80 sen -- kesannya besar dan cukup menghampakan seluruh pelusuk.


Kalau ye pun nak buat 5 Koridor, jangan sampai pijak rakyat. Kalu tak cukup duit nak buat koridor, tangguhkan dulu atau hentikan terus -- mungkin masa tak sesuai. Sedangkan itu jambatan bengkok -- (yang dulu masa TDM jadi PM, Pak Lah & Menteri Shahrir support habis...) & double tracking project, pun boleh dibungkus sekelip mata, apalah sangat Koridor-Koridor tu yang belum mula apa pun...



--


Bab yang kawan cuma nak ulas ialah di mana hati, akal dan perasaan (rasional kepada rakyat) serta sikap cakap tak serupa bikin PM, TPM dan Menteri, kerajaan dan pembuat polisi ketika naikkan harga minyak ini.


a. Menteri Shahrir kata harga minyak dengan mekanisme baru pada bulan Ogos.

(Seperti posting kawan terdahulu, naikkan harga minyak 5 Jun (3 bulan dari election) sangat tidak sesuai (apalagi menaikkan hingga 78 sen). Lainlah kalau turun harga, orang tak kisah - hari ini menang, esok turun harga. Sangat dialu-alukan.


b. TPM Najib kata jangan percaya rumor, minyak takkan naik!


Muka ada, tapi buat-buat selamba... jangan macam tu. Nak main politik, nak survive, buatlah... dah itu agenda utama. tapi bab "mempermainkan akal dan emosi rakyat" -- jangan dibuat main-main... Kenapa tergamak buat kenyataan yang berdolak-dalik macam tu..

So now camana? nak caya rumor ke atau nak caya cakap Menteri?

c. Baru je larang orang asing beli minyak, tengok2 baru dua tiga hari tarik balik -- tak ke kelakar polisi "kerajaan" yang boleh bertukar dalam sehari dua!


d. Menteri Shahrir kata kerajaan nak kekalkan harga petrol RM2.70/liter ni hingga Mac 2009. Boleh caya ke? Baru beberapa hari kata petrol kan dinaikkan bulan Ogos, alih-alih dah naik esok... apa punya Menteri cakap macam tu...semua ada dalam satu meeting, tapi statement bercanggah! Yang sorang kata minyak naik 40sen je.. Takkanlah tak bincang bila nak announce, bila efektif tarikh, berapa nak naik...(letih).


Kawan simpati kepada mereka yang mengundi BN hari tu, nampak sangat "diperbodohkan" (sekali lagi, kawan tidak cerita bab politik dalam hal ini - kita cerita bab akal/perasaan/emosi rakyat). Maka nampaknya tuan/puan/kita semua kenalah mulakan langkah berjimat, kalau boleh naik basikal/jalan kaki -- mulakan. gunakan motor @ kereta CC kecik. pandu kereta jangan laju, bawah 100km/jam, gunakan pengangkutan awam, tukar gaya hidup, balik kampung bila raya dan ada orang mati je (itupun yang rapat-rapat je), bawa mangkuk tepen (si'ah) isi nasi/lauk pi opis, tanam padi kat tepi rumah, ternak kambing/ayam kat belakang rumah, bikin kanvas ikan keli kat depan rumah, ternak cacing kat atas siling rumah(boleh lah tokok2 pendapatan sikit...).
(Kudin, yang duduk rumah flat camana? )


--


(Sabar Kudin, banyakkan sabar... dan berdoa lah....)


--




Mulai hari ini, kawan add link blog Menteri Shahrir dengan harapan Menteri (dan PM/TPM) prihatin perasaan rakyat, tolong cakap serupa bikin dan jangan ikut sedap mulut sangat. Dan, (Menteri) jangan buat malu orang Johor! Kawan mengadap muka Menteri Shahrir masa bercakap kat TV beberapa hari lepas. Maka, bila bercakap tu tolonglah ada feel simpati/belas -- kalau tak di hati, buat-buat lah sikit di muka -- jadi lah....


Kawan memang sedih dengan kenaikan dadak minyak ini, tapi sedih dan simpati kawan lebih kepada orangramai keseluruhannya yang lebih kekurangan dalam hidup mereka berbanding kawan sekeluarga.
Semoga pembaca blog ini pun ada belas/simpati yang sama -- kalau tak banyak, ada setitis pun jadilah....






--


No comments: