Sunday, November 16, 2008

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Takziah kepada sahabat sepersekolahan saya Dr. Ungku Shahrin (Pak Ung) dan keluarga atas kembalinya ayahandanya, Allahyarham Ungku Mohd Zaman, ke rahmatullah, sebelum Maghrib tadi di IJN. Semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah s.w.t dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa dalam rahmat-Nya, Amin. Al-Fatihah.
.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya malam ini, sementara solat jenazah di Masjid Abu Bakar sejurus selepas solat Zohor esok dan akan dikebumikan di Mahmudiah.
.
Kepada sahabat-sahabat lain di sekitar Johor Bahru, bolehlah bersama-sama menziarahi.

No comments: