Sunday, November 30, 2008

Hari Kesihatan SS19, Subang Jaya

Share sebahagian photo Hari Kesihatan SS19 Subang Jaya, siang tadi. Majlis anjuran Pejabat DUN Subang Jaya, dirasmikan oleh En. Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir - (pic below) - Ahli Majlis MPSJ / PAS Kelana Jaya Division Chief / PAS Selangor State Information Chief / Press Secretary to PAS President.

Taklimat kesihatan kepada penduduk SS19 oleh Dr. Mashita Mansur (pic below) - Doktor Pakar dari Pantai Medical Centre. Intipati ucapannya - antara silent killer di Malaysia ialah kanser (cancer), stroke, hypertension & diabetes. Bagi pompuan, cancer utama ialah breast cancer (kanser payudara - lelaki pun berisiko jugak wooo, katanya) & cervic/pelvic cancer.
.
Beliau minta semua orang terutama perempuan untuk jalani ujian pap smear seeloknya setahun sekali (every year) terutama kepada (1) high risk family (2) strong family history of cancer & (3) sexually active people. Kalau tak at least buat once in 3 years.
.
Apa yang doktor akan akan buat masa pap smear?
.
Ya, doktor akan calit (smear) bende alah tu kat bende alah nun dan kemudian jalankan ujian dengan 2 cara. (1) Ambik hasil calitan tu dan letak kat kaca ujian dan pakar kajian sel akan buat kerjanya. atau (2) hasil calitan tu dimasukkan terus dalam liquid untuk jalankan ujian dan yang ini hasil keputusannya lebih tepat.
.
Bagi ujian stroke/hypertension/diabetes eloklah buat 3 bulan sekali (terutama kepada family berisiko tinggi tahap merah)


Unit Amal Yayasan Amal memberi khidmat percuma pemeriksaan kesihatan.

Hanif & "Unit Amal" VICO (minuman percuma ler...he he he) asyik duduk situ je... letih gak la bawak mamat sorang ni...duduk kat VICO macam isi dengan kuku bagaikan aur dengan tebing...


Nak derma DARAH?
Teringat darah teringat ini -- sapa cakap ini macam dulu-dulu (hendaklah kita semua menderma itu dara..).
.
OK, kalau nak derma, baca notis atas ni dulu... sehat pada hari menderma, berat mesti lebih 45kg, tidur malam sebelum derma mesti lebih 5 jam, bebas dari masalah kesihatan, tidak homoseks, tidak biseksual, tidak bertukar pasangan seks dan tidak mengambil dadah.

Cek gigi percuma. Ramai doktor-doktor dari Unit Amal Yayasan Amal, pasukan doktor dari HUKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya & Pantai Medical Centre menjayakan Hari Kesihatan ini. Selain itu, ujian percuma yang dijalankan termasuk breast cancer screening, ujian darah, ujian kesihatan & ujian hal-hal pompuan.


2 comments:

RHisham said...

-hahhaha... aku igt saper cakap "derma itu dara".
-bekas menteri, ketua MIC
-ni lagi satu "pemuda jangan isap itu dada"

tajudin said...

betul ke? kawan pun dengar cerita orang je...

anyway, nasib baik kawan tak janji nak bagi hadiah...