Sunday, November 30, 2008

sendiri PIKIOR

Baru je kawan post/citer CILI naik rega hari tu, isk isk isk...

Beli cili Thailand
ALOR STAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan kerajaan mengimport cili merah dari Thailand jika harga cili yang kini mencapai RM21 sekilogram terus meningkat tinggi sehingga membebankan pengguna, terutama peniaga kedai makanan di negeri ini.Presidennya, Datuk Yusoff Ismail, berkata beliau difahamkan, harga cili merah yang dijual di sekitar pasar basah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM21 sekilogram berbanding kelmarin iaitu RM15 sekilogram.“Memang tak masuk akal dan peniaga memberi alasan faktor cuaca tidak menentu menyebabkan harga cili merah terpaksa dinaikkan, sedangkan sebelum ini tidak pula berlaku keadaan sebegini walaupun musim cuaca tidak menentu.“Dalam keadaan kita berkempen untuk menurunkan harga barang sekarang ini, berlaku pula perkara seperti ini iaitu kenaikan harga bahan mentah yang tidak munasabah sehingga membebankan pengguna.
“Saya berharap masalah ini berjaya diatasi selain meminta peniaga tidak bermain harga pada waktu begini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan, harga cili merah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM15 sekilogram dari harga asal RM9 sekilogram berbanding hanya RM6 sekilogram bulan lalu.Yusoff berkata, beliau akan meminta kerajaan mengimport cili merah dari negara jiran yang lebih murah jika harga cili merah terus meningkat dari semasa ke semasa.Katanya, jika berlaku kemasukan cili merah dari Thailand, beliau percaya ia akan memberi saingan harga terhadap peniaga untuk menjual cili merah pada harga lebih murah dan setanding dengan cili dari negara jiran itu.“Kita tengok apa akan berlaku dan jika harga ini masih tidak berubah, kita buat apa yang termampu,” katanya.

---

Tiada jaminan tambang haji kekal
MEKAH 29 Nov. - Tiada jaminan bahawa kadar wang naik haji bagi musim akan datang dapat dikekalkan mengikut kadar sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, ini memandangkan kos yang ditanggung oleh Tabung Haji (TH) meningkat berikutan kenaikan kos penginapan serta bahan makanan di Mekah dan Madinah.
"Dalam pada itu pula hasil pelaburan TH dalam perladangan sawit berkurangan berikutan harga minyak sawit turun," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mendengar taklimat operasi haji di Ibu pejabat TH Mekah, di sini semalam.
"Syukur Alhamdulillah bagi tahun ini, harga minyak sawit yang tinggi sebelum ini membolehkan TH berupaya mengekalkan kadar wang naik haji bagi musim ini dengan mengeluarkan subsidi hampir RM100 juta," kata beliau lagi.
"Dengan harga minyak sawit turun sekarang, agak mustahil bagi TH mengeluarkan subsidi sebanyak itu bagi tahun depan," kata beliau.


---
Camana orang tanam CILI nak pi HAJI...???

Jika Persatuan Pengguna boleh cadangkan harga CILI diturunkan, maka Persatuan Pengguna boleh buat perkara serupa kepada Tabung Haji.... isk isk isk
Mungkin Tabung Haji perlu rasionalkan dan menstruktur semula pelaburannya, wallah hu alam.

No comments: