

my blog - my life - dilambatkan dengan cepat dari pagi hingga ke paginya. i compose, i edit, i publish and i share my own story.
January 21, 2009 13:11 PM
Nestle Rancang Ladang Baru Dapat Bekalan Cili Mencukupi
PASIR PUTEH, 21 Jan (Bernama) -- Nestle (M) Bhd merancang kemungkinan membuka ladang baharu di Pantai Barat seperti Johor dan Melaka, dalam usaha mendapatkan bekalan antara 600 dan 800 metrik tan cili segar.Pegawai Pertanian syarikat berkenaan Yong Lee Kheng berkata bekalan itu untuk menampung keperluan kilangnya di Petaling Jaya yang memerlukan bahan mentah terbabit bagi pengeluaran produk sos cili yang kini mendapat permintaan yang semakin tinggi."Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh menerusi perjanjian ladang kontrak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.Beliau berkata pihaknya tidak mahu terlalu bergantung kepada bekalan daripada PPK semata-mata kerana Kelantan mengalami bencana banjir setiap tahun yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran bekalan yang diperlukan oleh syarikat itu.Yong berkata sepanjang tahun lepas, daripada 400 metrik yang diperlukan, hanya 257 metrik sahaja dapat dipenuhi akibat bencana alam itu.Beliau berkata berdasarkan hakikat itu pihaknya kemungkinan tidak akan menambah jumlah kuota yang sedia ada kerana pihaknya tidak mahu terus menanggung risiko yang akan merugikan syarikat dalam jangka panjang.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan, Salim Sulaiman ketika ditemui berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan masalah itu menerusi kaedah penanaman fertigasi yang dapat mengurangkan taburan hujan ke atas pokok cili.Beliau berkata LPP akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM1.56 juta yang diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk menggalak petani yang berpengalaman menggunakan teknologi penanaman fertigasi.-- BERNAMA***
--- A fren of mine fr advertising co. sure agree if i say that this is a real PR job to capture good publicity --- sending/creating subliminal message to public -- in other words --- pls exclude us from the list.
Went to Taipan USJ during lunch-hour. Together with a friend, we performed today's Zohor at Masjid Al-Falah USJ9 (my last visit was sometime in 2004/05).
Masuk masuk je Masjid Al-Falah, kawan tu firsttime mai, terus habaq -- cantiknya masjid ni...! (memang cantik Masjid Al Falah macam Masjid Nabawi (macam je...)). Sempat jumpa kawan lama -- Brader Tom (hang belum nak kawin???) & Bro Hamdan (orang kuat Kayu Nasi Kandar). Sempat juga jumpa Ustaz Rahim - dulu Bilal Masjid SS19, la ni dah join Al-Falah (...tak pasti Ustaz Rahim jadi Bilal @ Imam di situ). Ustaz Rahim pandai Bahasa Arab dan dulu Ustaz adakan kuliah/kelas Bahasa Arab/Quran di Masjid ss19. Masjid Al-Falah ramai sungguh jamaah Zohornya, saya jangka dalam 250-300 orang (3 saf). Meriah.
Imam mengetuai pembacaan Qunut Nazilah pada Rakaat ke-4 Solat Zohor itu, semoga Allah s.w.t memelihara Palestin dan memberi kemenangan kepada para Mujahiddin.
---
KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) has rolled out an ambitious plan to return to profitability this year. Reflecting the rarity of national rail companies making a profit anywhere in the world, the loss-making KTMB is aiming for just a symbolic RM1 net profit for the year ending December 31, which is the first of its three-phase turnaround plan. Figures for last year were unavailable, but KTMB posted a RM116.1 million net loss on a revenue of RM349.2 million in 2007. The architect of this plan is KTMB's new managing director, Abd Radzak Abd Malek.
Phase two, to run from 2010 to 2011, will be to re-brand KTMB, while the third phase will start in 2012 and focus on capacity-building and human capital development.Click subject for details
he he he I've a longtime friend @ KTM who follows this blog -- just got promoted heh? dear friend, some KTM stations are really underutilised. from stesen kayu now changed to stesen batu along the track but still underutilised bro. (how much KTM spent?)
tak pe la.. pelan pelan, jual kayu alas track yang lama tu pun boleh cover profit juga. berapa harga sebatang kayu tu, ramai gak orang beli buat landscape...
i pray for my dear friend and pray for KTM too. (kalu itu profit sudah mari, itu kawan jangan lari, kita kasi angkat satu table kedai malbari...)
Gambar HANIF -- pemimpin negara -- terpampang di semua pejabat kerajaan/swasta, universiti, sekolah, parlimen serta semua galeri gambar.
Gambar HANIF pemimpin negara terulung di duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen & 50 sen...
Hanif -- seorang pemimpin yang berjiwa rakyat -- gambar-gambar billboardnya sentiasa menjadi tumpuan ramai...
Tapi ingat ye, Hanif -- kalau rakyat dah tak suka -- cepat-cepat resign OK...
---
HANIF jadi tokey busat punya...
OK...HAPPY BIRTHDAY. JADI ANAK YANG BAIK OK! WE LOVE YOU VERY MUCH!
Harga jualan borong ladang fertigasi kami bagi tanaman terung mengalami suasana yang teruk. Harga pada sekitar RM1.80 - RM2.50 per kilo. Mat bangla datang ladang beli terung pun harga mahal...
(oh ye... Bangla suka makan terung - they love brinjal very much!). umpama orang Itali dengan spaghetti -- bagaikan ore Kelate dengan budu & orang Jawa dengan tempe...
Yang heran tu, harga retail semasa terung sekilo ialah antara RM4.50 (pasar borong) RM5.00 (Mydin - mengapa bayar lebih) sehinggalah RM7 (Cold Storage). Tinggi betui...
So, kepada saper yang "pagi terung - petang terung - malam terung - tidur terung"...elok teruslah berlanggan dengan pemilik blog ini....