Saturday, January 24, 2009

Amanah Dari Allah & kaum muda

Siang tadi berlangsung Mesyuarat Agung Khas Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pemilihan Pegawai/AJK Masjid bagi sesi 2009-2012. Dalam keadaan/beban tugas sedia ada dan dalam keadaan yang cukup terpaksa, saya telah dipilih sebagai Ketua Pemuda dengan sokongan sebulat suara kerana sebaik sahaja pencalonan saya dibuat, ianya terus ditutup tanpa bantahan, walaupun saya sendiri membangkang/menolaknya tetapi tiada yang menyokong saya bagi membolehkan pencalonan terus dibuka. Saya mohon pegawai JAIS yang hadir menjadi Pengerusi Mesyuarat ketika itu membuka semula pencalonan kerana saya mengambilkira nama saya memang tiada langsung walau satu jawatan pun dalam senarai kertas-kertas kecil AJK bayangan/cadangan yang diedarkan kepada ahli-ahli kariah.
.
Ini satu jawatan yang cukup berat tanggungjawabnya. Apabila ramai yang mengucap tahniah kepada saya selepas mesyuarat khas itu, tersedarlah saya bahawa satu lagi amanah dari Allah yang terbeban di atas bahu. Tugas Ketua Pemuda yang paling utama ialah membawa seramai mungkin pemuda/pemudi kembali mengimarah/mendekati masjid melalui aktiviti-aktiviti untuk golongan sasaran itu. Dalam kepala saya memang ada senarai rancangan untuk itu yang boleh dilaksanakan, InsyaAllah.
.
Ya Allah, permudahkan segala urusan dan tugasan kami. Jauhkan kami dari riak dan bangga diri. Berkatilah segala usaha dan perancangan kami. Kepada-Mu kami berserah dan kepada-Mu kami mohon pertolongan.
.
Jika pembaca blog ini ada cadangan/pandangan program khas untuk pemuda/pemudi ke masjid atau lain-lain program, mohonlah dicoret dalam ruangan komen ini. Terimakasih.

8 comments:

D3inT said...

tahniah tahniah tahniah.
ada hikmah tu dapat amanah tu.
and of coz show that org people do trust on you.

lau kat surau taman saya,
nak ajak budak2 dtg surau,
diorg wat kelas kompang.
budak2 pon semangat ler dtg solat maghrib isyak and after that g kompang.

lau masjid yg dekat dgn gelanggang or tanah lapang lagi best,
macam2 ley buat.
sukan pon ape salahnye.
seronok aa dgr kompang malam2.

tajudin said...

tq. cadangan-cadangan yang baik tu. masjid ni memang banyak tanah lapang...setakat nak futsal/street soccer tu tarak hal...

Anonymous said...

sekadar pendpt mungkin boleh diteliti keperluan & minat pemuda mudi & sediakan di masjid.

Anonymous said...

org muda suka aktvt riadah rekreasi komputer belajar aktvt on kareer skill.

memang sukar digerak tapi boleh dibuat. kena komitmen penuh dari semua AJK masjid utk jayakan.

tajudin said...

anon, ye bab itu juga yang difikir-fikir

tajudin said...

brader ishak, terimakasih. ye mesti ada komitmen bukan sahaja AJK tapi para ahli kariah.

Anonymous said...

congratssss.

dlm tak nak pun dpt juga, nampaknya kenalah kerja lebih lebih sikit

komputer kena ada di masjid, laju budak-budak dtg. satu lagi bab makan

tajudin said...

amy. tq.