Wednesday, January 14, 2009

mendoakan seorang SAHABAT

Ustaz Wan Adam dalam tazkirah Al-Quran di masjid mengingatkan jamaah hadirin untuk sentiasa mendoakan sahabat dan saudara.
.
Ustaz bercerita - Nabi s.a.w mengajar kepada para sahabatnya ketika peristiwa HIJRAH bahawa doa yang dimakbulkan Allah s.w.t ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain (secara senyap-senyap & sembunyi, iaitu tanpa pengetahuan sahabatnya yang satu lagi itu).
---
Tu yang keluar peribahasa Melayu sebut - kenang daku dalam doamu.
---

Marilah berdoa sesama kita --- dan jangan sesekali bagitau - Tajudin, aku setiap kali lepas solat fardhu, aku selalu doakan kau...tak pernah miss...
.
Tajudin: (senyum) ooo ye ke? timakasih ye...hang lah sahabat aku dunia akhirat...

4 comments:

Anonymous said...

suka post ni, kelakar tapi dalam maknanya. akan cuba amalkan.

Unknown said...

digalakkan memohon doa untuk semua umat islam di muka bumi ini.

"Ya Allah, ampunkan dosa dosaku, dosa dosa istri istriku, dosa dosa kedua ibubapaku sebagaimana mereka berdua menjaga aku semenjak kecil, ampunkan dosa dosa anak anakku, dan juga dosa dosa seluruh umat Islam dimuka bumi ini, samada yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia"

Jarang sekali kita teringat untuk mendoakan sahabat kita. :)

tajudin said...

amy. baru nak amal ke? tak pe tak pe. masukkan nama pemilik blog ni dalam list ye...

tajudin said...

sham, kalau satu hari nanti tiba-tiba hang ditakdirkan terbeli kapal selam, hang tau la sapa yang doakan macam tu... he he he...