Monday, January 26, 2009

Selamat Berangkat & Selamat Kembali

Saya dedikasi posting ini kepada semua sukarelawan Malaysia yang telah dan mulai bergerak ke Palestin, khususnya untuk Ustaz Kamal Ashaari dan rakan-rakannya (Muslim Care) yang akan berangkat pada 28 Januari ini (lusa, InsyaAllah).
.
Saya sangat terharu bila Ustaz kata tiket ke sana cuma ONE-WAY ticket dan kalau ditakdirkan umur kita panjang, kita akan berjumpa lagi.
---
Saya catatkan sedikit Tazkirah Maghrib Ustaz Kamal di Masjid SS19.
---
Resolusi 181 PBB 1947 telah pecahkan Palestin dan mulai diduduki Yahudi/Israel selepas itu. Ikut angka rasmi sejak 60 tahun Israel/Yahudi di Palestin telah membunuh lebih 287,000 (yang tak rasmi lagi ramai) termasuk pembunuhan habis-habisan 3,000 Islam Palestin di Kem Perlarian Syabra dan Syatila pada September 1982. Seorang doktor dari Singapore yang kebetulan ada misi di Kem Syatila ketika itu menceritakan bagaimana Zionis membunuh 3,000 orang itu dalam masa 4 hari dengan peluru yang bertaburan (lebih dari satu) bagi setiap satu tubuh mayat yang mati itu -- tua, muda, anak kecil & wanita. Bumi pasir Syatila yang kuning keemasan bertukar menjadi merah darah. (anda boleh baca buku doktor itu tajuk - JERUSALEM - ada yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia).
.
Bumi Palestin menguji iman/kesepaduan umat Islam.
.
Dalam Hadith Nabi s.a.w., Allah s.w.t menjamin keamanan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tetapi tidak kepada Masjidil Aqsa. Kenapa? Kerana ujian Allah untuk melihat kesepaduan, jihad dan iman umat Islam.
.
Maka jika umat Islam dunia ingin merebut kembali Palestin/Masjidil Aqsa - kita kena kembali kepada Islam - kena bersandarkan Iman/Islam. Lihat sejarah bagaimana Saidina Umar r.a ketika membawa bala tentera ke Palestin -- tenteranya ialah orang yang solat fardhu dan sentiasa bertahajjud. Begitu juga ketika Panglima Perang Islam (dalam Perang Salib) Salahuddin Al-Ayubi memilih tenteranya untuk merampas kembali Al-Aqsa dan diikuti oleh Sultan Muhammad Al-Fatih (Kerajaan Uthmaniyyah) -- mereka dan bala tentera yang dipilih mereka untuk misi membebaskan Al-Aqsa ialah mereka yang solat Fardhu, rawatib & tahajud serta hafal Al-Quran. Malam-malam sebelum berperang dipenuhi dengan tahajud.
.
Lihat apa jadi semasa Perang Arab-Israel (1967) -- gabungan Mesir/Jordan/Syria berperang menentang Israel. Sapa menang?
.
Perang cuma bertahan 6 hari dan tentera Arab kalah teruk ditangan Israel. Bukan kalah sahaja, tapi Semenanjung Sinai - Sinai Peninsula (Mesir hingga Terusan Suez) dan Bukit Golan - Golan Heights (Syria) jatuh ke tangan Israel. Kenapa? Baca/Teliti/Lihat sejarah kenapa gabungan 3 negara boleh tersungkur dalam 6 hari.
.
Lepas je menang, Israel bina Tembok Bar Lev (Bar Lev Line) purata ketinggian 20 meter di sepanjang Terusan Suez yang diberitakan kalau jatuh beberapa biji bom atom yang serupa pernah digugurkan di Hiroshima/Nagasaki sekalipun, tidak akan pecah Bar Lev itu. Kos bina pada masa itu (1968-69) ialah USD500 juta (duit saper ni, jangan-jangan duit kita pun ada sumbang sikit kot). Tembok yang paling canggih, kuat dan teguh dalam sejarah tentera!
.
Mesir di bawah Jamal (kemudiannya Anwar Sadat) merancang melanggar Israel sekali lagi untuk merampas semula Sinai. Kali ini beliau meminta pendapat/pandangan para ulama Mesir. Ulama Mesir tersebut (Ustaz ada maklumkan, tapi saya lupa catat nama) telah mendapat ilham Allah s.w.t dalam mimpinya bahawa Tembok Bar Lev itu boleh diruntuhkan dengan cuma pancutan air sahaja. Maha Suci Allah. Dalam sejarah, ahli sejarahrawan merekodkan ada unsur-unsur yang mengejutkan ketika tentera Mujahiddin gabungan tentera Mesir/Syria/Suez yang dipimpin oleh seorang Syeikh Mesir menggempur tembok itu dalam masa 2 jam sahaja! (sebenarnya banyak lagi element of surprise dalam Perang itu yang digelar Yom Kippur War 6-26 Oktober 1973 berlaku pada bulan Ramadhan).
.
Zionis Yahudi umpama perompak, perogol, pembunuh yang masuk rumah orang dan menghalau tuan rumah ke penjuru dapur sahaja dan mereka ambil alih rumah tersebut. Sebenarnya terlalu banyak pertempuran/peperangan yang berlaku disebabkan tertubuhnya Israel ini.
.
Baca/Teliti Surah Al-Maidah terutama mulai ayat 10 & seterusnya. Fahamilah.
.
Al-Quran/Hadith banyak menceritakan bagaimana teruknya Bangsa Yahudi ini kerana membunuh Nabi-Nabi Allah.
.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". (Surah al-Baqarah: 91)
.
Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya). (Surah al-Nisa: 155)

---
Selepas beri tazkirah, Ustaz Kamal mengimami Solat Isyak dan bersalaman dengan para jamaah. Selamat pergi dan selamat kembali Ustaz, moga Allah s.w.t memelihara Ustaz, rakan-rakan dan para sukarelawan semua.

2 comments:

Anonymous said...

mantap tulisan ni. br tau citer-citer sebenar. jarang baca sejarah ni. haarap semua sukarelawan slmt kembali.

tajudin said...

amy. baca sejarah sebenar untuk tahu lebih lanjut.