Wednesday, November 26, 2008

...Tipah tertipu bang...Tipah tertipu!!!

Saya berborak dengan seorang rakan yang terlibat dalam dunia seni/event management dan bekerja dalam media arus perdana. Dia bercerita tentang TEMPOH kemunculan penyanyi yang betul-betul menonjol/bertahan ialah pada setiap 10 tahun. Yang ada sipi-sipi tu ialah mereka yang memeriahkan dunia seni je.
.

Saya tak pasti, saya bukan anak seni & pemerhati seni, tapi tengok pendapatnya ini. Mid 70-an kita ada DJ Dave. Mid 80-an Ramlah Ram (orang Muo ni..). Mid 90-an Siti Nurhaliza. Dan Mid 2005-an Mawi (peh, happi je orang Kulai/Felda dengor..steady la orang Kuley...). Akan muncul satu lagi penyanyi yang unggul/cemerlang pada Mid 2015-an -- kita tengok ler saper yang kena.
.
Itu kata kawan tu la.
.
Yang ini saya kata. Mid 80-an, ada satu ungkapan dalam filem yang diingati sampai la ni -- TIPAH TERTIPU BANG!!! (sampai orang nama Tipah pun jadi malu...). Pada saya, ungkapan filem yang diingati saya rasa datang setiap 20 tahun sekali. Selepas 20 tahun (sekarang), ungkapan yang mungkin akan diingati untuk 20 tahun lagi --- ya, saya rasa yang ini >>> I LOVE MAT REMPIT...!!!

agaknye la...
setuju ke?

10 comments:

Unknown said...

Kali ni teman tak setuju Din.

Tag yang ni lah.

BONTOT MERAYU BURAT!!!

Anonymous said...

x setuju.

bukan sebutan ni ke.. GERAK GERAK GERAK KHASSSSSS (2x)

tajudin said...

> sham, sebutan tu dalam filem amende? den tak ponah dongar pun...

>> xof, ye tak ye jugak ek...

Anonymous said...

ayat tipah tertipu dalam filim ali setan tu memang ayat yg tak pat dilupakanlah. betul betul.

cuma musykil ayat i love mat rempit tu boleh tahan 20 tahun ke tidak.

tajudin said...

ini mesti peminat filem ali setan.

itu pendapat je...

Shah Jehan said...

Mat rempit...tak kot.... "siapa malu, mereka dan keluarga mereka" itu yang teman ingat sampai sekarang. Filemnya, yang teman ingat pelakon yang sebut dialog tu Deanna Yusof.
Tajudin, boleh tolong amend sikit rujukan kat blog teman tu. sh.n.jehan-Shah Jehan Speaks. hehehe. Thanks

Unknown said...

BONTOT MERAYU BURAT.
Din tak tau?
Filem EMBUN la bro.
mase Arwah (ape ek, aku tak ingat lah.) nak rogol Umi Aida

tajudin said...

> jehan, bagus jugak ayat tu...tapi kategori sepatutnya merangkumi apa ayatnya, sapa yang sebut & dalam filem apa..

>> sham, tak tertangkap pulak aku akan sebutan/ungkapan tu...

Unknown said...

-tak silap aku, kategori yg Jehan bagi tuh bukan dalam filem lah. Tu dalam iklan citer. iklan tu sambung - sambung byk citer filem. Tul tak.

-citer Embun tu berat ckit kot coz citer pasal zaman Jepun dulu. baru aku ingat Allahyarham Izi Yahya jadi jepun jahat. Al-Fatihah.

tajudin said...

peh... berta citer EMBUN tu bang, mu ni suka sangat ikut citer berat-berat...

orang tengok citer filem ni bior ringan-ringan je...jangan sedih sangat, jangan nak kena pikior sangat