Wednesday, April 30, 2008

DON'T ever follow SATAN - neVeR!!! (i & ii) - (Kisah Tragis)

(i)
selepas 5 hari berkahwin (!), si isteri baru sedar yang suaminya ada perangai buruk yang teruk! suaminya selalu kencing atas katil semasa tidur... si isteri dah tak tahan kerana setiap pagi bau hancing kuat di dalam bilik. Tambahan pula dia yang terpaksa basuh cadar setiap hari! si isteri pun terpaksa tegur suaminya.

isteri berang -- apa masalah abang ni, tiap-tiap malam kencing dalam mimpi, apa ke heh nyerr!

suami selamba -- darling, tiap-tiap malam abang bermimpi teruk! dalam mimpi, syaitan suka datang jumpa abang.
isteri berang -- apa syaitan dok buat kat abang?

suami selamba -- dalam mimpi abang, syaitan datang dan ajak abang jalan-jalan & bersiar-siar. tempat yang abang lawati sangatlah indah dan cantik. dah lama berjalan tu, abang terasa nak kencing. syaitan ni pun tunjukkan le toilet yang baik dan cantik. abang pun apalagi, kencing le kat dalam toilet tu...
isteri berang -- dah tau asyik nak terkencing je, kenapa ikut syaitan jalan-jalan!!!!!





(ii)
selepas hari ke-7, si isteri dapat satu idea (suaminya masih lagi kencing malam!!!)

isteri berangan -- abang, sayang tengok syaitan suka sangat ajak abang jalan-jalan. apa kata malam ni, bila jumpa syaitan, abang jangan mintak nak pi toilet untuk kencing.

suami ceria -- habis, darling nak suruh abang minta apa?

isteri berangan -- abang cakap kat syaitan, malam ni abang tak mau pi toilet. tapi abang cakap kat syaitan tu, abang nak jadi kaya, abang nak emas!!!

suami ceria -- ok!

malam tu, dalam tidur si suami mimpi jumpa syaitan, dan ajak si suami berjalan-jalan...

suami lurus -- syaitan, malam ni aku tak mau pi toilet...

syaitan -- awat nyerr... habis hang mau apa?

suami lurus -- ni bini aku pesan ni, kalau jumpa hang jangan mintak nak pi toilet lagi...

syaitan -- awat lagu tuuu, hangpa suami isteri mau apa?


--(tajudin: maaf, saya mencelah, syaitan ni bukan asal kedah/penang ye... orang kedah/penang jangan le marah pulak...kebetulan je ni..hangpa jangan le dok boikot blog aku ni...)--


suami lurus -- bini aku pesan, suruh minta kat syaitan emas banyak-banyak...

syaitan -- oooo, baik baik. hang dah tak mau pi toilet noooo, tak pe tak pe. hangpa nak kaya, meh ikut aku pi bukit emas.

syaitan pun tunjukkan sebongkah emas yang berkilat bersinar yang kalau dijual berharga million million dollar!

suami lurus -- yahooo! pakcik kayaaaa!

syaitan -- kawanku yang baik, hang ambil lah bongkah emas ni bawak balik, dan share le sama bini hang...

suami lurus -- ooo syaitan, thank you thank you! you are my best friend!

syaitan -- ok bro, aku chiow dulu...

si suami ni pun apalagi - cubalah mengangkat bongkah emas pemberian syaitan itu. sedaya upaya dia angkat. memang berat. al-maklumlah - emas! berat betul. tapi oleh kerana tak de orang lain kat situ, terpaksalah dia buat sorang-sorang!


angkat punya angkat punya angkat.....


sampai lah dia terkencing, terkincit dan terberak!!!! (maaf, bahasa kurang elok..)


__


__

abangggggggggggggggg!!! bangunnnnnnn!!!!!! bau apa ni... ya Allah, yang abang terberak terkencing atas katil ni buat apa!!!!!!!!!!! &^%&*!@$%%*!!!



moral: tengok tu, camana syaitan punya ranjau... jauhkan diri kita semua daripada di"kencing" syaitan!!!
(cerita di atas tiada kena mengena dengan yang hidup & mati)

No comments: