Sunday, April 20, 2008

Sepetang Di Kuala Sepetang (Port Weld) (sajak)

SEPETANG DI KUALA SEPETANG

Terasa nyaman menyedut udara, segar
Di tebing kuala ini
Melihat sibuknya para nelayan bertukar pendapat
Sambil menyedut rokok daun bersilih hembus
Deruan tongkang sampan keluar masuk, pesta bunyian
Dan memunggah hasil tangkapan, sukar dinilai

Pokok nipah dan bakau menghalang
Jarak pandangan tersekat dari tersebar, lebih jauh ke tengah
Dicemari silau bias matahari petang
Dan aku akan merinduimu
Kuala Sepetang
Seperti rindunya aku akan kampung halaman
Dan keluarga tercinta

Entah bila kan bertemu semula


-tajmosa-
1993 - mengenang rakan baik yang tinggal di Kuala Sepetang
(maaf yang, kerana terlanggar tempayan besar mak kau sampai pecah! )

30-18-32

malu tersenyum simpul bila terumum
juara segala ratu di situ
kerana kerampingan
hai tersenyum mak sodah
ratu kebaya
hati pun gumbira

ibu beranak empat
masih gah
pinggangnya ramping
bak biola
siapa yang tidak cemburu
buta
siapa yang tidak cemburu buta

semua ketawa gumbira
tapi dalam hati
semua menderita
dara yang bertanding pun kalah jua
tidak sehebat
mak sodah

-tajmosa-
1996

KERANA KESILAPAN INI

Inginku undurkan diri sendiri
Jika itu yang dimahu, tersirat di akal merawang
Kesilapan apakah yang tidak terampun?

Nyatakan
Tidak perlu manisan, jika itu hempedu

Bertali arus menghempas batu
Pun akan menjadi debu
Bertali arus memukul gendang
Pun akan memecahkan gegendang

Tidak perlu
Bahkan tak perlu

Dijentik air di kolah
Pun akan sampai ke lautan, arusnya
Jika diketahui hasratnya

Dihembus keluar angin di mulut
Pun akan sampai ke awan, baunya
Jika diketahui patinya

Langit tak tercapai, percayalah
Bumi tak tergali, pun percayalah

Setiap masa bukanlah bahagia
Setiap masa bukanlah derita
Tanah pun bergunung ganang
Angin pun bersepoi bahasa
Hujan pun boleh reda
Dedaun pun tumbuh semula
Masakan nasi menjadi bubur
Lambat laun tiadalah sesiapa
Jika ini yang diminta
Apalagi yang dicari?

Inginku undurkan diri sendiri
Dari disanggah sebegitu sekali
Berat bahu terlentuk layu
Berat rasa terbenam sepi

-tajmosa-


my wife only knew (my passion for poems) after 11 years of marriage (sometime in 2006). itu pun kerana berhenti kerja dari ofis, semua barang kena pack bawa balik rumah. ada naskah-naskah kertas yang diikat-ikat - yang itulah helaian sajak-sajak! (apalah awak ni Din, melampau.....)

2 comments:

Anonymous said...

by the way, your wife knows or not you have a blog

OOD said...

tak tau (of course) dan tak sangka! Ingat kan awak rock segala kapak!