Tuesday, October 7, 2008

Syawal (6) - pagi raya di subang jaya

Pagi Syawal.
Masjid mulakan solat Aidilfitri tepat jam 8.30 pagi. Tepat. Itulah kehebatan Imam Abbas, Imam Masjid Saidina Abu Bakar. Yang lambat tak diendah, yang cepat tidak dimungkiri.

.

Sebelum ke Masjid, sunat makan sedikit. Gambar Hanaa tengah bantu Kak Yah siap-siapkan susun makanan.




3 serangkai ambik gambo sebelum gi Masjid.



Selesai solat Aidilfitri & khutbah raya, Imam minta semua jamaah masjid beratur panjang bersalaman dan bermaafan, jangan keluar/balik dulu. Oh ye, jumpa salam Datuk Mustapha Maarof. Sebelum solat, Pemangku Nazir Masjid, Hj Jamil minta jamaah terus imarahkan masjid, beramai-ramai berjemaah solat fardhu dan majlis ilmu walaupun bukan di bulan Ramadhan.


selesai solat, jemput beberapa jiran bertandang ke rumah, makan lomang/ketupat/rendang, sebelum kami bersiap bergerak ke kampung. gambar atas Hanaa bersama Tiger (kucing jerrr, nama je gempak...) yang akan ditinggalkan 4 hari. Tiger duduk le sorang-sorang, tau le dia cari makan dengan kawan-kawan dia.

aksi yoga oleh Tiger konon nak ikut balik kampung la tu....
Tapi Tiger tak boleh ikut, pasai kat kampung kucing-kucing atuk banyak -- takut bertempur nanti. kucing kampung atuk punya depa kawan/makan/lepak dengan ayam. Culture shock nanti...





4 comments:

RHisham said...

kucing ngan ayam pun tau berbaik baik.Kiter???

tajudin said...

he he he

aku baik ngan semua orang...

amy said...

kucing bandar lain sikit perangai dia dengan kucing kampung. kucing kampung ramah mesra, kucing bandar aksyen.

tajudin said...

ye ke kucing bandar macam tu, tak perasan lah pulak...