Thursday, October 2, 2008

Syawal (5) - tersampuk keASTROan (sajak)

tersampuk keASTROan

Syawal 1429H, perang bermula
Perang apa?
Menjelang Raya, sejurus Raya
Raya pertama, kedua dan ketiga
Seterusnya
Ohh rancangan yang menarik, teruja
Terpaku semua penonton, setia

Jiran kiri kanan dirasuk keastroan
Orang depan pun disampuk keastroan
Anak-anak kita keastroan, anak saudara pun sama
Abang kakak adik pun keastroan
Orang flat keastroan
Orang banglo lagi lah
Orang kampung pun sama
Apa lagi orang bandar
Rumah saudara yang kita kunjung pun dibadai keastroan
Budak-budak keastroan
Orang tua pun sama
Semua keastroan
Menyambut Astroraya
Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak
Cinta Yang Terindah, Cahaya Lailatulqadar
Kelab Pop Raya, Gegar Gitu Apek Raya
Trek Selebriti Raya, Ria Sentral Raya
Raja Lawak Edisi Raya Lagi
Kala Malam Bulan Mengambang
Chermin, I’m Not Single
Dan lagi dan lagi dan lagi

Mereka keastroan
Semua kemaruk keastroan yang kronik
Sangat kritikal
Tak pasti boleh diubati ataupun tidak
Beraya rumah orang pun macam tak berapa layan
Semua keastroan
Dari dapur bawa kuih dan dulang tapi mata tak pun memandang tamu
Disampuk semangat keastroan
Nak berborak bercerita bertanya khabar pun
Macam tak seronok, macam dibuat-buat
Penangan keastroan
Berbual pun sudah tanpa intonasi

Habis camana kita?
Baik angkat kaki
Dari datang rumah orang dan berborak sendirian
Lebih baik borak di rumah sendiri

Tapi kalau tiba rumah sendiri pun
Aku pun akan jadi seperti mereka
Cuma aku tidaklah sampai dirasuk keastroan

-tajmosa-
2 Syawal 1429H

4 comments:

the deint said...

fuh....naseb baek kat rumah xde astro...lau x,makin leka la nampaknyer! spm!!!!!!!!

tajudin said...

rumah kami pun x de astro, so kira ok la...

RHisham said...

zaman dah berubah...semua nak IT n tech...kalau umah x dok astro, org x g beraya,alasan...x dpt tengok citer best...yeke,umah nenek n arwah atok aku x dok astro pon ramai gak cucu cicit bertandang.slamat ari ayer...

tajudin said...

kita nak tengok tv pun tak sempat...