Thursday, October 23, 2008

...cakap siang

Hari tu, YB Rais buka mulut cadang macam ni....

Rais saran pemilihan secara 'tender'
PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.
Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.
''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.
''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.

Lanjut, klik subjek

---
Hari ni, YB Shahidan sudah tembak.....

Rais perlu 'ditender' terlebih dahulu - Shahidan
KANGAR 22 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim 'ditender' terlebih dahulu sebelum jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender.
Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu semalam dianggap telah menghina ahli-ahli parti.
"Jika beliau (Rais) ditender, saya akan masuk tender dengan permulaan RM1," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Lanjut, klik subjek


---
Moral: Sebelum kita cakap, kita pikior, kita tengok kiri kanan dulu.

2 comments:

aaapit said...

sy sokong cikudin..mencerminkan individu tersebut...

tajudin said...

aaikkk, asyik nyokong je