Sunday, February 28, 2010
AL-FATIHAH & TAKZIAH
Thursday, February 25, 2010
Salam Maulidur Rasul & Wali (Taubat Maksiat)
Lirik Lagu Wali Band – Tomat (Tobat Maksiat)
Dengarlah hai sobat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
.
Reff:Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Wednesday, February 24, 2010
MATF 2010
(The travel period starts from March 24 until Jan 14 next year.)
Tickets can be bought via the airlines’ ticketing offices or travel agents.
Some of the great offer to can grab during The Malaysia Airlines‘ Travel Fair 2010
- Asia; starting from as low as RM133 to Medan, RM213 (Phuket) and RM359 (Hong Kong).
- Australia; RM639 to Perth one-way, and RM1,069 to Mel- bourne (one-way).
- Europe; London, Paris or Rome for only RM1,549.
- Other; Bangkok will cost RM264; Beijing (RM487), Sydney (RM754) and the Gold Coast (RM816).
- Customers intending to go umrah and ziarah can opt for MASholidays’ travel package from RM4,999 for 14 days/ 12 nights to Jeddah, with three nights in Madinah and nine nights in Mecca.
Those interested can also visit the website HERE for more promotions including AirAsia Free Seats.
Monday, February 22, 2010
Hi-Tea Perdana 2010
Thursday, February 18, 2010
Bank Rakyat Sumbangkan Van Jenazah
Pengurus Bank Rakyat USJ/Taipan mewakili Bank Rakyat memberi ucapan.
Tuesday, February 16, 2010
Nasi Ambeng (Ambang)
Sediakan daun pisang banyak-banyak.
Daging ayam, dipotong 4. Nak masak kari atau goreng atau masak sos je.
Monday, February 15, 2010
Muslim Haram Menyambut Valentine
Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam
2010/02/14
HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.
Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.
Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.
KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.
Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.
CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.
Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.
CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.
PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.
CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56)
CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.
TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.Terperinci klik SINI
Thursday, February 11, 2010
Kesihatan Kapal Selam Malaysia
Khamis Februari 11, 2010
"Ia boleh selam...tapi tak diizinkan selam" - PTL
Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.
Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.
"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."Terperinci klik SINI
===
Masalah teknikal punca kapal selam tidak boleh menyelam
11/02/2010 6:28pm
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.Terperinci klik SINI
=
*Membeli kapal selam yang baru dan dah tak boleh menyelam, adalah umpama membeli kereta yang tak boleh reverse. tak pun bagaikan beli Arowana yang tak boleh berenang...sabor je la kan...*
Tuesday, February 9, 2010
(18SX) tolong jaga telor masing-masing
Monday, February 8, 2010
yesterday
Yesterday - The Beatles
Friday, February 5, 2010
Kalibrasi yang Sangsi --- (sajak)
Satu komposisi
Saling berkomunikasi
Yang konon penuh sang fasi
Ya, macam serasi
Secara konotasi
Asalnya dari pelbagai variasi
Semuanya pakar segenap posisi
Tapi semuanya berhalusinasi
Bergerak dalam fantasi
Hidup penuh dengan emosi, lesi
Terlalu obsesi
Bergerak dengan suspisi
Idea pula semua basi
Penuh birokrasi
Lembab untuk lakukan koreksi
Tindakan hanya imaginasi
Yang muda cemerlang dikasi
Yang patut pergi masih beratkan lagi bagasi
Cakap dan aksi
Tiada langsung korelasi
Harapkan informasi
Hujungnya tiada konklusi
Walaupun cuba membuat kalibrasi
Tapi sudah letih berinteraksi
Apalagi nak ditangisi
Susah benar berkomunikasi
Akhirnya semua nafsu-nafsi
Maka
Tiadalah ucapan kongratulasi
Hatta dengan satu intonasi
Pada satu kolaborasi yang penuh dengan sangsi
-tajmosa-
Wednesday, February 3, 2010
...sentiasa dalam kerinduan...
Monday, February 1, 2010
Senarai Ajaran Sesat di Selangor & Malaysia
---Ahad Januari 31, 2010
25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.
Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat.Terperinci di SINI
Ajaran yang diwarta sesat di Malaysia (JAKIM)
Terperinci klik SINI
---