Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Pokok Nadir (Pokok Lama) Yang Dilupakan

Kami di Dunia Dagang terlibat dalam menjual/mengedar pokok-pokok lama (pokok nadir). Kami bersedia menjual pada kuantiti besar selagi stok masih ada (ataupun makluman/pesanan awal diberikan untuk penyediaan).
.
Senarai pokok nadir yang kami ada termasuk buah keras, buah kerdas, kundang, markisa, asam gelugor, belimbing buloh, pokok cermai, gajus, keranji, buah sentul, sukun, nona, ceri, tampoi, beruas, longan dan lain-lain. Boleh hubungi kami untuk bertanya lanjut senarai ini.
.
Selain itu kami juga mengedar/menjual pokok buah dan pokok biasa seperti pokok kayu manis, pokok jambu, pokok durian, pokok durian belanda, anggur, pokok kedondong, pokok meranti seraya, jering, pokok meranti tembaga, kembang semangkuk, merawan siput jantan, pokok petai gajah/kahwin, karas gaharu, pokok asam putat, pokok pinang, pokok sentul dan sebagainya.
.
Harga-harga boleh dirunding mengikut jumlah kuantiti dan juga (kos) penghantaran boleh diuruskan ke tapak/lokasi projek. Sebarang urusan pembelian/pertanyaan, sila email kepada kami tajudinms@gmail.com

Tuesday, August 5, 2008

MUAR dilimpahi musim buah-buahan

sejurus lepas pi visit Proton's Technology Week, lewat petang tu kami sekeluarga terus bergegas lari balik ke Muo (Muar)... Muo tengah musim buah-buahan (....takde kena mengena dengan saudara sedurian tu). Durian, manggis, dokong, langsat, duku, pulasan, rambutan, jambu, kelapa, jering, pisang berangan... peh semua ada dalam kebun. yang penting, kena petik, kopek kulit, masuk mulut dan kena kunyah sendiri...lepaih tu jangan lupa telan...kulit boleh buang merata-rata (atuk depa kata tak pe...buang je lah...)




buah pulasan (pulas + an)
buah rambutan (rambut + an) & buah kelapa



kat muar depa panggil ni jambu ball (tempat lain kawan idak le tau)

cucu-cucu atuk sedang bertugas secara sukarela kutip rambutan gading (rambutan kuning)


superman datang membantu...(yang tengah tu) bior betul????


pokok duku

Hanaa tengah tunjuk contoh buah manggis



Hanaa tunjuk cara-cara yang betul memanjat pokok manggis kepada cousins

...dan ianya diikuti oleh Hanif...(.. laaaaa patah le dahan tu...)

selepas gagal memanjat pokok manggis, Hanif cuba memanjat pokok durian..!!

makan durian mentah (kena jolok) -- abah Hanif punya kerja la tu...
(peraih durian beli durian dari orang kampung RM0.50 sekilo...!!!! korang ni tak patut betui la...hangpa jual kat KL sedap-sedap je RM5-10 sekilo...)
sebahagian buah yang larat dikumpul oleh cucu-cucu atuk...

&

seperti biasa sebelum balik dari Muo, inilah ole-ole nya.. mee siput (untuk stok)

Tuesday, July 29, 2008

Kita Saudara Sedurian (sajak)

gambar atas - durian balik pulau yang dijual di shah alam




KITALAH SAUDARA SEDURIAN

Semua berduyun-duyun membelahi arah
Walaupun ini bukanlah cuti sekolah
Apalagi sebuah perayaan
Tetapi semuanya pulang meriah kampung halaman

Habis segan dan silu dibuang ke tepi
Habis semua sengketa hilang seketika
Musim durian tiba, kita pun bersua muka
Setelah sekian lama tidak bertemu
Baru bertanya khabar saudara dan cucu
Malu pun dicampak ke hulu

Musim durian memanggil-manggil
Semua saudara sombong yang memencil diri di kota
Semua abang kakak yang konon tiada masa bercuti
Pulang
Semua pulang
Pulang juga
Semuanya hipokrit
Pulang ke kampung tersengih-sengih, merenyih
Kononnya lama tak menjenguk
Kononnya lama tak mendengar khabar berita
Sebenarnya dek kerana penangan durian
Sanggup meredah kampung dan dusun untuk memenuhi hajat
Sanggup digigit nyamuk dan pacat
Oh
Bukankah kita semua saudara
Saudara sedurian!
Menjenguk saudara bila musimnya datang
Ya
Kitalah saudara sedurian

-tajmosa-
1996
(bersaudara pun perlu bermusim)