Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts
Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Sahabat saya dari Terengganu yang ada saya coret kisah-kisahnya di blog ini (klik SINI) meninggal dunia akhirnya petang semalam. Al-Fatihah.
Beliau akan call/jumpa/makan/lepak bersama saya dan beberapa rakan kalau kebetulan dia turun ke KL dan begitu juga saya kalau kami ke sana. Hilang seorang sahabat yang baik.
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh Allahyarham sahabat kami ini. AMIN.

Thursday, October 1, 2009

...Ada Tawa Dalam Sedih...

Lewat tengah malam semalam sahabat-sahabat dari Terengganu mai beraya ke rumah. Saya ingatkan mereka nak ke Bagan Pinang (he he he) rupanya ada meeting di KL.

Siang tadi makan breakfast di Nasi Lemak Tanglin.
Antara yang dibualkan ialah kisah sahabat kami, Fateh, yang kena kanser leher --- (saya pernah blog 2 bulan lepas SINI) --- Alhamdulillah, Fateh beransur sembuh, dari tak boleh berjalan, koma, tidak boleh/mampu bercakap, terpaksa guna wheelchair, kini mutakhir ini dia sudah boleh berjalan perlahan dan sudah boleh berbual sedikit. Semangatnya kuat. Dia buat treatment cancer tu dengan strong chemotherapy.
Bila dengar cerita tu, kami, kawan-kawan dari KL kata Alhamdulillah. Ada pulak yang terpancul tertanya (knowing chemo and cancer treatment got side effects) - rambut dia gugur tak?
Semua senyap sat, lepas tu semua ketawa --- baru perasan, Fateh ni jenis Harris Iskandar...
(Fateh, kami melawak je, jangan ambik hati, aku tau hang baca blog ni. Moga hang kuat semangat dan segera pulih sepenuhnya.)

Tuesday, August 11, 2009

Blog Yang Sudah Tiada Penghuni - (Al-Fatihah)

Dua blog yang saya tahu telah ditinggalkan sepi oleh pemiliknya - yang telah pun pulang ke rahmat Allah iaitu blog Capt. Yusof Ahmad - The Ancient Mariner (blogroll - saya kerap menjenguk blog ini) dan blog Yasmin Ahmad - The Story Teller. Al-Fatihah untuk mereka.
Begitulah, semua penulis blog (kita) pun akan pergi, yang ditinggalkan hanyalah bait-bait tulisan cerita dalam blog dan sedikit gambar untuk bacaan (pedoman, kalau baik) orang yang membaca, seterusnya. Dan tiba satu ketika, dengan blog-blog itu juga akan hancur musnah.
***Mohon pembaca blog ini doakan kesihatan sahabat saya, Saudara Fateh (di Terengganu, pemilik/webmaster weblog ini --->>> Fertigasi Online) kerana keadaannya sedang uzur sangat semenjak beberapa bulan ini. Semoga dia tabah/sabar dengan ujian Allah dan cekal untuk sembuh.

Thursday, June 11, 2009

...kehadapan yang di-ingati, Melaka Sentral

Kalau KL ada Puduraya, Muar pula ada Stesen Bas Bentayan (Bus Stand Pagoh, fuyooo!!!) ---- Melaka pun tak kurangnya ->>> Melaka ada Melaka Sentral - kos bina lebih RM60 juta dan siap pada 2004.

Saya kebetulan tunggu orang di sana, yang ditunggu lambat tiba, maka terpusing-pusing la saya sekitar Melaka Sentral. So, kira firsttime jumpa Melaka Sentral. Oleh kerana Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Terengganu baru je runtuh, maka saya harap Melaka Sentral tidak akan jadi begitu. Keretakan terutama tempat antara tempat bas berhenti dengan pejalan kaki (lihat gambo), jelas kelihatan turun naik tanah/lantai...
Saya bukan kontraktor, tapi kawan saya ye. Kalau dia baca posting ni, komen lerrr...
(sekadar cadangan kat pihak Melaka Sentral --- ni tempat public ni, ramai datang hari-hari. 24 jam hidup. buat la sesuatu, jangan sampai bangunan jatuh reban runtuh...jangan kata saya tak pernah bagi cadangan pulak )


...hmmmm sori eh, ni terbaca dari blog Tukar Tiub --- jangan kita salah (sinisnya) ada kemungkinan raksasa otomen/ultraman sudah mai musnahkan Stadium Terengganu...

Sunday, January 18, 2009

UMNO kecundang di tangan PAS @ Kuala Terengganu

PAS melalui calonnya Mohamad Abdul Wahid Endut (MAWE) memenangi pilihanraya kecil merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan undi 32,883 menumpaskan calon BN/UMNO Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252). Majoriti 2,631.

YB MAWE menang di semua (4) kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Perlimen Kuala Terengganu (P036) -- Wakaf Mempelam, Bandar, Batu Burok dan Ladang. BN/UMNO hanya menang besar undi POS dengan mendapat 1,039 undi.
.
Tahniah YB MAWE! (mudah sikit letak nama singkatan ni).
.
(Saya terima sms/call rakan-rakan baik dari KT akan kemenangan PAS itu awal sebelum pengumuman rasmi malam tadi)

Monday, December 1, 2008

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Ada kaki-kaki pancing maklumkan bahawa memancing ikan lagi BEST dari memancing AWEK. Bahkan, memancing ikan lebih tinggi cabarannya dari memancing awek (mak aii... betul ke?)
.
Tapi memancing ikan keli tiap-tiap hari mana larat.... So, apa depa buat la ni ialah menternak keli dalam kanvas (ye... kan senang...)
.
Kos buat kolam kanvas (berbanding kolam simen/tanah) sangat rendah. Luas setiap kolam kanvas ialah 6'x20'x4' (lebar/panjang/tinggi). Isi air rendah je maksima dalam 2 kaki. Boleh masuk beribu anak ikan sampai besar. Pada peringkat matang, kawan saya ini akan jual ke supermarket/pasaraya/hypermart RM5.50/kilo (dah siap siang) dan RM4.50/kilo (belum siang).







Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi maklumbalas ataupun tengok kat rakan-rakan yang terlibat dalam penternakan ikan (BLOGROLL). Khas kepada mereka yang berminat untuk buat projek di Pantai Timur (dari Kuantan, Pahang -- KT -- Kota Bahru, Kelantan) boleh hubungi rakan saya yang membekal/membuat projek itu di sebelah sana -- En. Wan Rahim (013-9205504)
.
Tips -- (1) nak matikan ikan keli (untuk disiang/dijual) janganlah diketuk-ketuk kepala dengan belakang parang -- naya kat ikan tu (nasib baik ikan tu tak tau nak ludah). Cara yang terbaik ialah taburkan je garam (dalam bekas biru atas tu), sekejap lagi ikan tu pun akan meninggal dunia.
.
(2) air yang selalu ditukar dalam kolam itu boleh diguna untuk siram pokok (buat lah projek tanam sayur kat tepi kolam ikan tu...) idak le membazir..

Tuesday, November 11, 2008

Rojak Keteh - Mengkomersilkan Kaki Lembu

Kawan dah tercerita pasal kaki lembu hari tu...

Bagilah kaki-kaki lembu kat orang Johor, Selangor dan orang Indon, depa akan buat sup dan makan sum-sum.
Cuba bagi kaki lembu kat orang Ganu, depa buat apa?.... ye...depa buat rojak keteh...(maaf, ejaang sepatutnya kena guna e tanda ...)

How to cook Rojak Keteh...?
.
Payah wooo. Tak semua orang pompuang Ganu tau masak rojak keteh ni...depa tau makang je....
.
Rasanya camana? Pehhhh...sedapnya boleh dijelaskan oleh ayat ni >> Tajuding sedang makang sepinggang rojak keteh, isterinya lalu kat depang pung dia tak perasang....
.
Begitulah sedapnya rojak keteh....
.
.
(credit to all my frens from Ganu - depa punya hospitality, memang cemerlang...)

Sunday, November 9, 2008

Saleem, Trilogi Cinta & Kisah Benar


Kebetulan saya/famili ke pusat membeli belah hypermart ultra-moden yang terkenal di dunia - MYDIN @ USJ1. Promo. Why pay more? @ Kenapa bayar lebih? (...bila ler Mydin nak bagi free voucher untuk aku ambik & belah for 1 year...).

Aku Saleem dan Trilogi Cinta (Cinta Tiga Segi).
Semua orang Malaysia kenal SALEEM. Semua orang tau SALEEM orang Terengganu (Ganu Kite). Semua orang pernah pi MYDIN. Semua orang pernah bercinta. Semua orang tau Cinta 3 Segi (4 segi pun ada, cinta hexagon pun ada gak...)
.
Orang kata lagi Trilogi Cinta tu kisah benar nan syahdu.
.
Sila baca artikel/posting, teliti lirik lagu, hayati lagu asal yang dinyanyikan oleh penghuni penjara itu (penyanyi/pencipta asal) >>> klik di SINI. >>> (inilah blog yang bagi kawan duit raya juta-juta hengget hari tu... he he he)
.
Dari Harian Metro >>> SINI

Friday, November 7, 2008

i'm BEAUTIFUL no matter WHAT THEY SAY....!!!

just came back from Terengganu....Terengganu (esp. KT) is currently jam-packed with buses and tourist -- tengah sibuk pasal kuda (horse) event for 2 weekends in a row -- Kuda Sokmo (last week - ada pertandingan kuda cantik, kuda comel, kuda berhias he he he) & FEI 2008 (Kuda Endurance).. .

Am not going to elaborate on horses. Now, EXAM time (as promised in my last post before Terengganu tour).

Question #1 --- (see pic below) --- cuba teka, itu kaki apa?

(a) kaki kuda (b) kaki unta (c) kaki lembu (d) kaki keldai


Boleh jawab ke idak?
.
.
Ishhh, itu lah kaki lembu...kaki lembu ada peminatnya yang tersendiri (telah siap dibooking sebelum lembu disembelih). Kira macam KELAB Peminat Kaki Lembu (Kaki Lembu Fan Club -- KLFC).. Ianya elok dibuat sup. Sup Kaki Lembu. Macam Sup Gearbox.
.
Harga - kira sebatang (satu kaki) RM17...!!! Kalau ambik 4 batang (seekor lembu) = RM60 je (diskaun).
.
.
Question #2 - Apa kebaikan sup kaki lembu?
Question #3 - Selain sup, apa lagi yang boleh dibuat dengan kaki lembu ni (ada orang Terengganu tak, cepat le jawab...)






Tuesday, August 19, 2008

Brief -- Tilawah Al-Quran 2008


Malam ini ialah malam ke-2 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-50. Majlis telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Diadakan sehingga 25 Ogos 2008 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tuesday, July 8, 2008

100 Hari & Teruskan Berkhidmat


Syabas/Tahniah kepada semua YAB Menteri Besar semua negeri yang dah memerintah masuk 100 hari. Teruskan berkhidmat untuk rakyat bagi 1,000 hari pula. Berkerjalah, berkhidmat dan berjuanglah dengan ikhlas. Yakinlah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui isi hati YAB semua dan hanya Allah sebaik-baik pembalas atas segala baik budi khidmat ikhlas yang dicurahkan oleh semua YAB MB.


pic from NST

alang-alang dah bercerita, nak minta jasa baik MB Terengganu YAB Datuk Ahmad Said yang rajin turun padang undercover, kalau boleh tolonglah sedara kita ni (bawah), rumah kawan kita ni pun tak jauh dari Bandaraya KT. kalau boleh tolong, Alhamdullilah, boleh maju membangun. saya yakin, YAB MB pun mesti seronok tengok budak-budak muda Terengganu yang kreatif dan ada semangat juang tinggi. kalau ada platform dan peluang yang lebih baik, mereka boleh lebih unggul cemerlang.





.


.

Friday, May 16, 2008

ONE Is Enough

but, 4 is better huh? (dari cerita Mohamed Nor Awang, 57). read this Harian Metro online






‘Apa ilmu kamu pakai’


Oleh Haneeyzah Bariah Baharinam@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing.“Justeru, kami berpakat membenarkan suami berkahwin lagi bagi mengelak berlaku maksiat atau kahwin lari berikutan kedua-dua pihak saling menyukai antara satu sama lain,” katanya.
Semalam, tiga wanita berkenaan hadir di mahkamah menemani suami mereka memohon kebenaran mengahwini seorang kerani, Suzi Sulong, 34, sebagai isteri keempat pada majlis yang dijadualkan di sini, 23 Mei ini.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor mengemukakan alasan kukuh sebelum permohonannya dipertimbangkan walaupun dipersetujui tiga isterinya.Menurut Shaikh Ahmad, mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan Mohamed Nor yang mempunyai 18 anak berkahwin empat kerana tidak mengemukakan alasan kukuh selain berpendapatan rendah yang dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil.Selain itu, beliau mengarahkan pemohon mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin lagi, buku bank serta membawa wali dan bakal isteri ke mahkamah, Ahad ini, sebelum membuat keputusan sama ada permohonan itu dibenarkan atau sebaliknya.Katanya, beliau juga pelik kerana ketiga-tiga isteri pemohon bersungguh-sungguh membantu suami membuat permohonan itu, malah memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami mereka berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor sebagai pemandu lori hanya RM1,500 sebulan.“Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan itu kerana pemohon tidak berkemampuan dari segi kewangan selain usia lanjut.“Bagaimanapun, ketiga-tiga isteri memberi izin dan meminta mahkamah membenarkan permohonan itu.“Oleh itu, mahkamah memberi peluang dan mengarahkan pemohon mengemukakan alasan kukuh, membawa buku bank sebagai bukti memiliki simpanan mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan membawa wali bersama bakal isteri untuk dipastikan persetujuannya sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.“Sepanjang saya bekerja (sebagai hakim syariah), ini kali pertama saya berdepan kes tiga isteri bersetuju tanpa syarat membenarkan permohonan suami berkahwin satu lagi, Malah, isteri pula yang bersungguh-sungguh memohon kebenaran mahkamah untuk suami berkahwin empat.“Mungkinkah Mohamed Nor mengamalkan ilmu tertentu? Saya tidak dapat meluluskan permohonan itu hari ini kerana memerlukan afidavit tambahan dengan alasan munasabah mengapa perlu berkahwin lagi sedangkan sudah ada tiga isteri dan 18 anak yang memerlukan tanggungjawab dan tanggungan besar,” katanya.Terdahulu, pada awal prosiding, Shaikh Ahmad turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan bulanan yang diagihkan pemohon kepada ketiga-tiga isteri yang masing-masing mempunyai sembilan anak (isteri pertama), isteri kedua (empat anak) dan isteri ketiga (lima anak) yang disifatkan tidak adil berikutan isteri kedua dan ketiga bekerja.Difahamkan, bakal isteri pemohon kenalan kepada tiga isterinya dan beberapa kali putus cinta sebelum menerima lamaran pemohon.Mahkamah menetapkan Ahad ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.


__

Pagi tadi, saya fetch sahabat baik saya, baru tiba dari Kuala Terengganu, sama-sama makan pagi dan hantar dia ke hotel, kerana ada business meeting 2 hari di Shah Alam/KL.

Baru nak masuk je kereta saya, dia ketawa kerana nampak sepasang kasut perempuan (saya baru perasan, kasut isteri saya la tu..) kat seat depan, sahabat saya kata -- tengok, your wife punya pandai...!!! kasut betul2 letak kat depan ni..

Kami pun ketawa *<&^%$ !!