Wednesday, March 31, 2010

Fokus Kami di Dunia Dagang Tahun 2010


Dunia Dagang adalah satu entiti milikan kami yang terlibat dalam pertanian/perkhidmatan/konsultasi penanaman fertigasi.

Bagi tahun 2010 ini, kami
memberi fokus kepada pemasangan/khidmat nasihat bagi penduduk/persatuan/penghuni apartment/kondo (condominium) di ruang dalam rumah atau di balkoni (balcony) atau lobi (lobby). Juga kepada pemilik rumah teres / banglo dan sekolah ataupun laman pejabat.

Pertanian secara fertigasi di ruang terhad ini boleh dijadikan satu hobi hiasan kecantikan dalam dan luaran rumah serta boleh mendapatkan sumber makanan tumbuhan segar.

Pakej fertigasi yang ditawarkan bagi ruang anggaran seluas 5 kaki x 20 kaki adalah semurah @ serendah RM500. Pakej RM500 ini meliputi 10 pokok tanaman kontan (samada cili, terung, bendi, melon) ditanam dalam polibag putih, sistem fertigasi lengkap untuk 10 pokok itu, timer, pam, tong 100 liter (biru), baja fertigasi dan baja tambahan.
Tuan rumah juga boleh memilih untuk menanan tanaman kontan ataupun pokok buangan/hiasan bagi memperindahkan rumah/kawasan mereka dengan menggunakan kaedah sistem fertigasi ini.
Maklumat terperinci/lanjut, boleh hubungi saya tajudinms@gmail.com

Sunday, March 28, 2010

Chelsea 7 - Aston Villa 1

LONDON (AP): Manchester United retained top spot in the Premier League by routing Bolton 4-0 on Saturday after Chelsea thrashed Aston Villa 7-1 to remain within a point of the defending champions.
Dimitar Berbatov scored twice either side of Jlloyd Samuel's own goal and substitute Darron Gibson's late strike to keep United on course for a fourth straight title.
But Chelsea has a superior goal difference after an emphatic display against Villa, which saw Frank Lampard score four to become the club's third-highest all-time scorer with 151.

Details HERE

Friday, March 26, 2010

Subang Jaya & TM's Highspeed Broadband (HSBB) service

Residents of Subang Jaya (together with Taman Tun Dr Ismail & Bangsar of Kuala Lumpur) now enjoying broadband speeds of 10 Mbps and above under the HSBB project - newly launched by Telekom Malaysia, TM Berhad. This is a public-private partnership between TM and the Government, and they could have spent /will spend billions of RM now and future. Don't have the details, if wish to share please comment.

===
TM launches high-speed broadband service

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) launched its “UniFi” next-generation High Speed Broadband (HSBB) service in Dataran Merdeka, last night.The new service promises a world of faster, richer and more reliable online experience for users.

Present at the launch were Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin and TM chairman Datuk Dr Halim Shafie.Speaking at the launch, Najib said HSBB need to be comprehended and embraced for the benefit of everyone.

“Apart from providing quality supply and service, we need to tell the people that this is for their advantage.

"Public education is important to spur demand so that results can be seen.

“HSBB is a key enabler to transform Malaysia as a middle-income nation to a high-income nation. It will make Malaysia a 21st century nation."

Najib said the HSBB will be a catalyst to grow the country’s economy, increasing Malaysia’s competitiveness, giving confidence to foreign investors, developing creative and innovative minds, and disseminating knowledge.A flagship project of the National Broadband Initiative, HSBB aims to boost the country’s competitiveness.

The national project worth RM11.3bil is a joint effort between TM and the government to develop the next generation high speed broadband infrastructure and services.

Details HERE

Wednesday, March 24, 2010

Henti Tanam Betik, Timun & Melon di Perak

Semua rakan pengusaha tanaman pertanian di Perak, ikut arahan & bersabar.
Ladang Betik Perak Diserang Penyakit
IPOH, 22 Mac 2010 (Bernama) -- Pengusaha tanamam betik di Perak akan diminta memusnahkan tanaman mereka berikutan serangan penyakit mati rosot yang kini menular di hampir kesemua ladang betik seluruh Perak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian Perak Norsiyenti Othman berkata notis arahan itu akan dikeluarkan minggu ini kepada semua pengusaha ladang betik yang dijangkiti penyakit itu.

Beliau berkata semua pengusaha yang menerima notis berkenaan perlu memusnahkan tanaman dalam tempoh lima minggu.

"Tindakan segera perlu diambil bagi membendung jangkitan penyakit berkenaan memandangkan Perak adalah pengeluar utama betik negara dan perebakannya boleh mengancam industri tanaman betik negara," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau memberi amaran bahawa pengusaha yang enggan memberi kerjasama memusnahkan tumbuhan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Penyakit mati rosot adalah penyakit yang diwartakan sebagai berbahaya mengikut akta berkenaan.

Norsiyenti berkata sehingga kini hanya daerah Hulu Perak didapati bebas daripada serangan penyakit berkenaan dan sebanyak 188.77 hektar atau 82.6 peratus daripada keluasan keseluruhan 228.55 hektar ladang betik di Perak telah diserang penyakit itu.

Mengenai tindakan yang perlu diambil oleh pengusaha yang menerima notis, beliau berkata dua cara berkesan ialah menimbuskan tumbuhan yang dimusnahkan ke dalam lubang atau membakarnya.

Beliau berkata pengusaha juga dinasihat supaya tidak menanam tumbuhan daripada keluarga labu seperti tembikai, timun dan labu air sebagai tanaman gantian kerana ia boleh menjadi perumah kepada bakteria yang menjadi punca serangan mati rosot.

Penyakit mati rosot mulai dikesan di Batu Pahat, Johor pada tahun 2003 sebelum merebak ke Batang Padang, Perak pada 2004 dan serangan besar-besaran penyakit itu yang berlaku pada 2008 telah menjejaskan teruk industri betik negara.

-- BERNAMA
rujukan lanjut pada web rasmi MOA (klik SINI)

Dunia Dagang Trading syarikat kami yang berladang di Parit Buntar (Perak) juga akan menghentikan tanaman keluarga labu itu (rock melon & timun) untuk setahun.

Monday, March 22, 2010

Perlancaran My1Stop Version 2.0

Sabtu 20 Mac 2010 berlangsung perlancaran My1Stop version 2.0 dengan tagline baru iaitu BIGGER, BETTER, BOLDER dan kemudian diikuti workshop pengenalan kepada mereka yang berminat.

Version 2.0 yang baru ditambahbaik ini (upgraded) lebih tersusun dan kemas serta ditawarkan pakej kepada usahawan yang berminat menyewa untuk memasarkan produk/servis mereka secara online. Untuk mengetahui lebih lanjut version 2.0 ini atau ingin tahu apa itu My1Stop boleh terus layari ke http://www.my1stop.com.my

Jika berminat untuk terlibat dalam Mall Maya kami ini boleh daftar gunakan link mudah tracking ini http://www.my1stop.com.my/tajudinms

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh email kami di tajudinms@gmail.com

Thursday, March 18, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) yang dinanti-nanti oleh ramai pencinta buku setiap tahun datang lagi.
.
Tarikh kali ini ialah 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC.
Boleh lawat banyak booth antaranya ialah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum bahasa Melayu nombor 1 @ Malaysia (Tahun ini adalah tahun ke-9 PTS menyertai PBAKL) yang terletak di C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai), PWTC, KL.
.
Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi fan FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk anda apabila datang ke booth PTS nanti. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.
.
Dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik bagi pembelian tertentu.

Monday, March 15, 2010

Tahniah Chong Wei...!!!

Chong Wei pahat 100 tahun All England
Oleh NORZIE MOHD. KHASBIsukan@utusan.com.my
LEE Chong Wei meraikan kejayaan merangkul kejuaraan All England pada ulang tahun ke-100 kejohanan, malam tadi. - AP
BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.
Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.
Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Terperinci klik SINI

Thursday, March 11, 2010

Syabas SMS Muar (Senarai Sekolah Terbaik SPM 2009)


Tahniah kepada semua pelajar SPM 2009 yang berjaya dengan keputusan cemerlang diumumkan siang tadi. Tahniah kepada sekolah lama SMS Muar mendapat tempat ke-7 terbaik keseluruhan di Malaysia (Terbaik Johor). Tahniah kepada semua pelajar SMS Muar, Pengetua & Guru serta wargakerja SMS Muar dan juga Alumni SAMURA. Kat budak-budak batch SPM2009 --- Memang korang coolllll!
Kepada pelajar akan datang, terus pertingkatkan kepada pencapaian yang lebih cemerlang tahun hadapan.
Senarai 10 terbaik ialah
.
1.Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
2.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
3.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
4.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5.Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
6.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
7.Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
9.Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10.Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Tuesday, March 9, 2010

Score A Program (S.A.P)

Semua orang ingin jadikan anak mereka pandai. Jika ada salah seorang daripadanya, sila hubungi saya dan langganilah Program Score A.



SAP adalah satu program latih-tubi online interaktif untuk semua pelajar dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan menggunakan web. Untuk lihat portal itu lawati www.scorea.com & untuk DEMO online sila klik ruangan DEMO itu dan masukkan ID: 82828
.
Untuk pembelian online, boleh klik SINI atau terus hubungi saya email tajudinms@gmail.com . Oleh kerana SAP boleh menjadi punca pendapatan utama, saya ingin juga email attachment & berkongsi pelan bisnis SAP (Biz Plan) bersama anda langkah-langkah yang perlu untuk terlibat. Kemudian anda boleh dipanjangkan untuk sahabat, saudara, orang di sekeliling anda dan membolehkan kita bergerak menjadi satu kumpulan yang kukuh dalam bisnis SAP ini.

Monday, March 8, 2010

Takziah & Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk Arwah Haji Hassan Basri yang meninggal pagi tadi kerana komplikasi dalam perut setelah menderita sakit lebih kurang dua bulan. Ketika beliau sihat sedikit sebulan lalu, saya & beberapa orang lagi ada melawatnya. Dia sedih menangis kerana kami melawatnya dan berkongsi betapa sakitnya perut beliau ketika itu seperti usus itu bersimpul dan ditarik-tarik.
Arwah semasa hidupnya rajin ke masjid dan sering bertafakur/membaca Al-Quran selepas solat fardhu. Semoga Allah merahmati roh Arwah dan tempatkan dalam golongan yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Wednesday, March 3, 2010

Lagu Merang-Merang --- (sajak)

Lagu Merang-Merang

Lampu dipasang
Suasana kembali terang
Semua hadirin girang
Yang tadi senyap dah mulai bagai nak berperang
Semua senyum walau tadinya nampak garang
Masing-masing tersengih walaupun giginya jarang

Yang ditengah telah dijulang
Tinggi bagai sang helang
Yang lain ikut mengulang
Lagu pun mulai dipasang
Maka muda-mudi pun mulai dirangsang
Menari terkinja dan terkangkang
Tak kurang yang terlentang
Sama sahaja depan dan belakang
Nampak sotong dan nampak kerang
Semua lalok dah tak hirau orang
Parang kontot dan parang panjang
Hanyut hanyir tiada yang kurang
Serang menyerang

Malunya ingin menjadi orang
Kalau hidup bagaikan tiada jurang
Antara haiwan itu dan haiwan ini serta seekor beruang
Kerana mementingkan nafsu dan wang
Terumbang
Karam

-tajmosa-