Showing posts with label imam masjid. Show all posts
Showing posts with label imam masjid. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Imam Muda dan Warga SIMDE bergotong-royong bersih sekolah

Program Gotong-Royong Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya (sekolah Hanaa) warga SIMDE bersama 8 Imam Muda (Astro Oasis), telah selamat diadakan semalam 12 Jun (Ahad) 8.30pg-2pm. Program telah turut dirakam untuk siaran oleh Astro Oasis.
.
Ianya diadakan bagi mempromosi Hari Karnival Amal & Jogathon SIMDE yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti di tempat yang sama (kawasan Sekolah & Masjid Darul Ehsan).

Suasana berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua Imam Muda musim ke-2 dan juga penerbit/krew program tersebut dari ASTRO. Barisan Imam Muda memberi semangat untuk bergotong royong dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.

Krew Astro Oasis
Semua kawasan utama diredah oleh kumpulan-kumpulan dengan setiap satu kumpulan dianggotai oleh Imam Muda, guru-guru, J/K & pegawai masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE, PIBG, ibubapa dan para pelajar. Antara kawasn tumpuan ialah bilik guru perempuan yang baru diubahsuai, kawasan persekitaran, menanam pokok dan bunga, membersih Surau sekolah dan mengecat laluan pejalan kaki.

Semua yang berseluar merah dangan t-shirt sumbangan Little Trees itu adalah barisan Imam Muda musim ke-2.







Barisan Imam Muda bersama-sama bergambar dengan Guru-Guru SIMDE.
Terimakasih kepada semua warga SIMDE yang hadir dan memberi sumbangan potluck, sokongan daripada ASTRO Oasis, sokongan kewangan daripada Little Trees serta bantuan logistik daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), serta cuaca yang redup sepanjang program, sangat menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini.

Monday, February 1, 2010

Senarai Ajaran Sesat di Selangor & Malaysia

Ahad Januari 31, 2010
25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.
Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Terperinci di SINI

---
Ajaran yang diwarta sesat di Malaysia (JAKIM)

AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN 1. Nasrul Haq 2. Budi Suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu Kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah 13. Rampai 14. Wali Suci 15. Kalimat Sakti 16. Silat Pukulan Jarak Jauh 17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18. Zikir Sha`ban Islam Haq 19. Asal Wujud Garis Laksmana 20. Al-Ma`zat 21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi 22. Ilmu Kebatinan 23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas 26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan 30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 35. Al-Arqam 36. Golongan Anti Hadis 37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali jugasebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat 43. Tarikat Mufaridiah 44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Al-Ma`unah 54 Ajaran Azhar Wahab 55. Ajaran Hj.Banuar

Terperinci klik SINI

---
Moga Allah s.w.t pelihara kita semua. Sebaik-baik tempat untuk belajar, mengaji / menuntut ilmu ialah hadir kuliah pengajian / pengajaran di masjid-masjid yanag banyak disusun untuk ahli kariah mendalami ilmu Islam. Imarah & raikan kuliah ilmu di masjid, Insya-Allah.

Tuesday, December 15, 2009

sumbangan kepada anak yatim/miskin diperlukan

Saya memanjangkan rayuan sumbangan oleh Ustaz Hamzah - Pengurus Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB). RAKB seperti sedia maklum ialah pusat kebajikan bagi anak yatim, fakir miskin dan asnaf - terdapat 17 lelaki dan 13 perempuan. Sumbangan boleh dalam pelbagai bentuk - kewangan, kelengkapan harian sekolah/asrama, barangan makanan kering/basah dan lain-lain. Sumbangan kewangan boleh bank-in ke Maybank - KASIH BESTARI (5620 8551 3207). Boleh call Ust Hamzah (016-251 6515)

---
Saya panjangkan juga rayuan sumbangan oleh Ust. Sallehen Mukhyi, Mudir - Pusat AsSolihin - satu pusat pendidikan anak yatim/miskin di Sabak Bernam (Bt. 6 Kg Sungai Lias, Sg. Besar). Pusat ini memberi pendidikan tahfiz percuma kepada anak yatim/miskin siap makan dan asrama kepada para pelajarnya. Sumbangan kewangan sila salur ke Maybank 562197037536, Bank Islam 12056010017983 atau CIMB 12130009085056. Call Ust. Sallehen (019-2614782)

---
Teringat malam semalam Kuliah Al-Quran/Tafsir oleh Imam II - Ust Wan Adam kupas Ayat 177 Al-Baqarah

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."


Jelas maksudnya.

Diceritakan juga bagaimana para sahabat menginfaq harta-harta mereka berjuang untuk Islam, ada yang separuh dan ada yang seluruh hartanya.

Bagaimana kalau kita hidup zaman Nabi itu? Adakah kita akan infaqkan harta untuk Islam dan berjuang untuk memartabatkan Islam?

Tuesday, December 1, 2009

Berkorban Apa Sahaja

Share sedikit gambo program ibadah korban di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Subang Jaya. 14 ekor semua ditumbangkan pada 11 Zulhijjah 1430H, ketika hujan renyai. Penat? Kalau tak nak penat duduk rumah je la...penat, basah, best dan seronok, buat kerja ramai-ramai...lebih 300 orang jamaah Muslim/Muslimat bantu membantu...

Imam 1, mulakan program ibadah korban dengan bacaan doa. Sukarelawan semua pakai baju merah. Merah tu... lembu pun naik ekor...
Ketua tumbang lembu - Haji Malik (membelakang kamera, baju hitam) bersama beberapa peserta korban yang disebut nama untuk lembu yang siap henda disembelih. Lembu-lembu disembelih oleh Imam Nordin, Imam II dan Imam III MABAS.

Penasihat Undang-Undang MABAS (kanan) dan Penolong S/U MABAS
Bahagian daging lembu, siap untuk diagih kepada fakir miskin, asnaf dan ibu tunggal serta orang awam.

Kerja-kerja lapah oleh petugas pro dan semi-pro he he he
Kerja-kerja "melahap" oleh petugas pro dan juga semi-pro. Sebanyak seekor setengah lembu diguna untuk buat sup/kari dan dijamu dengan nasi dan roti john...bersih...


Tapi seperti kata Ustaz Kamal Naser dalam Tazkirah AidilAdha-nya - berkorban bukanlah hanya setakat derma/tumbangkan lembu, tetapi sepatutnya sebagai Muslim kita mesti berkorban lebih dari itu. Fikirkanlah...

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri @ MABAS

Untuk julung-julung kalinya (firsttime) Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19 Subang Jaya, mengadakan Majlis Terbuka Aidilfitri semalam.
Dari kiri --- Tuan Nazir (Haji Abd. Razak), Siak 1, Imam 1, Juru Audit 1, Ketua Pemuda dan Setiausaha MABAS
Antara yang hadir adalah penduduk SS19, SS18, tamu jemputan serta tuanpunya kedai/workshop sekitar masjid.
Beratur untuk kambing golek...4 ekor ditumbangkan...
Turut hadir YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya bergambar bersama Bilal II


Bilal II, Ustaz Zaini dengan kambing goleknya
Ketua Biro Muslimat, Kak Faridah tengah menerangkan sesuatu kepada YB. Kelihatan Timbalan Nazir, Saudara Azizan (duduk di hadapan Nazir)
YB Gwo Burne dan YB Hannah Yeoh bersama Nazir dan Ketua Muslimat

Bendahari MABAS, Hj Yusof (baju hijau muda) bersama tetamu
"Kami sayang Tok Siak" --- Siak 1, Saudara Jamal bersama remaja MABAS
"Kami lagi sayang Tok Bilal" --- Bilal II, Ustaz Zaini dan beberapa remaja. I jam sebelum majlis, semua dah makan dulu...
Imam II --- Ustaz Wan Adam dan keluarga


Saudara Zul (Biro Dakwah - jubah putih) bersama tetamu
Biro Muslimat diketuai oleh Kak Faridah (tengah-tengah kat pangkal anak panah tu...)
Dari kiri --- Bilal I (Ustaz Mohamad Soen), Imam II, Tn Haji Rahim, Tuan Nazir, Siak 1

Tuan Haji Syukri (kiri - Biro Kewangan) dan Tuan Zabidi (kanan - Penolong S/U MABAS)


Saudara Khairol (baju hijau) & friends. (nampak tak saper yang pakai baju merah kuning jersi Selangor belakang tu...makan sorang-sorang jerr...)

500 roti boom backup selepas jam 2 petang, punnnn habis....
Alhamdulillah, selamat semuanya...
Untuk mengetahui Program/Kuliah MABAS, sila layari web portal rasmi MABAS di SINI